30 September 2012

ceri the witch

ni aku kongsikan beberapa hasil bidikan untuk hujung minggu ni...

 ni saje je nak test taillight kat depan hotel... tripod tak bawak, pegang jela 15saat... haha

ceri is taken already...

manipulasi goosebumps... haha, ceri macam the witch lak...
 
hoho... makin hebat 'kuasa' si ceri ni...
 
ouh, dengan muka yang serius... memang ceri the witch la... hehe
 
ceri meniup 'sesuatu' untuk dihantar kat orang lain... scary!
 
ceri sedang fikir nak sihir siapa pula lepas ni... hahahaha

diingatkan, semua gambar ni adalah unedited version... hehe, yeah... sangat seronok pakai 50mm...

p/s: dapat makin ramai kawan hujung minggu ni... hehe

27 September 2012

jam 8, cikgu!

silibus matematik untuk tahun 5, aku dah habis ajar dah... so, aku buat projek miniatur sekolah untuk budak-budak tahun 5... aku bagi diorang mounting board... aku bagi arahan untuk lukiskan kotak dengan ukuran-ukuran tertentu...

aku cuma pantau je diorang lukis semua yang aku mintak tu... aku pastikan cara diorang mengukur dengan pembaris tu betul... bila diorang dah siap lukis, aku tolong potongkan dengan cutter... lepas tu, aku suruh diorang lukiskan pintu kelas, tingkap kelas...

bila dah habis waktu kelas, aku suruh diorang kemas semuanya... simpan elok-elok kepingan-kepingan yang dah dipotong tadi... sebelum aku keluar, diorang salam macam biasa...

tiba-tiba, Edda kata nanti pukul 8 malam sambung lagi kelas... dia cakap dalam bahasa iban la... cikgu, jam 8 polah agik... anang lupa, cikgu...

pukul 7:30 malam, Rani, Birai dengan Edda panggil aku kat rumah... diorang suruh aku pejam mata... anang medak, cikgu... aku tanya, kineknyak nak bejalai? macam mana nak jalan tutup mata? so, diorang pimpim aku jalan, turun tangga, langkah longkang sampai la ke kelas...

mata masih lagi tutup, diorang sua kerusi suruh aku duduk... tak lama lepas tu, lampu menyala dan

Happy Birthday to you,
Happy Birthday to you,
Happy Birthday to Cikgu Hafizi...
Happy Birthday to you...


tak sangka pulak anak-anak murid aku ni buat surprise party untuk aku... lepas tu aku tanya, eh dah boleh buka mata ke belum ni? hahaha... kitorang pun makan sama-sama...


takdelah mewah sangat... sekadar keropok-keropok je dengan air sirap... that was more than enough to wish happy birthday... lepas tu diorang bagi kad-kad birthday... hehe sweet kan anak-anak murid aku?


antara isi yang paling terharu, saya harap cikgu mengajar kami lagi di sini tahun depan... huhu

p/s: tahun ini tahun terakhir sambut birthday sebagai bujang, hehe

23 September 2012

teruja beb!

berkawan biar beribu

aku suka berkawan... pergi mana-mana pun, aku akan berkawan... pergi sini dapat kawan baru... pergi sana dapat kawan baru lagi... entry kalini, aku nak kongsi pasal sorang kawan baru aku...

dia sumandak kadazan... kena posting kat Kapit tapi pedalaman P3... walaupun dia tua dari aku 2 tahun, tak nampak beza pun... dia kata, rahsia awet mudanya ialah selalu ceria...


the best part is, dia berminat dengan agama Islam... masa aku tahu tu, cuma Allah je tahu betapa terujanya aku... dia dah biasa dengan cara hidup Islam dari sekolah menengah lagi... so, step by step, insyaAllah suatu hari nanti dia akan jadi saudara baru kita...

buat semua rakan Islam, kita ni mencerminkan nilai agama kita... tak kira dimana, dengan siapa dan bila masanya, kita kena selalu berbuat baik... mudah-mudahan, orang lain akan tertarik dengan keindahan dalam Islam...

buat kawan, aku sokong kau sepenuhnya... kalau kau ada apa-apa nak tanya, aku akan cuba jelaskan sekadar yang aku mampu... aku doakan semoga semuanya berjalan lancar...

p/s: kita sama-sama doakan, ya?

15 September 2012

dila, tunangan orang

bertarikh 31 ogos 2012, kawan aku dari sekola menengah bertunang... aku dijemput untuk mengambil beberapa keping gambar untuk diabadikan detik2 bersejarah tu...

jadi, entry kalini khas aku buat untuk ucapkan tahniah kat ko, Dila...


terima kasih sebab bagi aku peluang untuk ambil gambar... jadi, berikut antara hasil-hasilnya...
 





ini first job... so, sangat banyak kelemahan sana sini... teknik dan skill masih banyak boleh ditingkatkan... insyaAllah lepas ni lebih baik lagi...

p/s: i love 50mm so much!