28 September 2010

Logo persatuan

Selasa yang lalu (21 September 2010), aku bersama 7 orang rakan ditugaskan untuk mereka logo persatuan matematik kami. Dalam masa 2 jam, kami telah siap mereka logo yang bakal menjadi identiti persatuan matematik kami.




Pendapat aku? Menarik, ringkas dan hebat. Berbekalkan sekeping kertas kajang, sebatang marker merah, sebatang marker biru dan sebatang marker hitam, inilah hasilnya...

Mari nyanyi sama-sama...
"pen merah pen biru,
you marah, i love you"
*clap3....

Namun, dengan iltizam dan rasa bertanggungjawab, logo di atas telah pun dikemaskan dalam bentuk yang lebih mantap!!



Haha...dengan menggunakan Microsoft Office Word 2010, Microsoft Publisher 2010 dan Snipping Tool, inilah Logo Persatuan Matematik IPG Kampus Sultan Mizan Semester 6 2010 !!

*tahniah buat kumpulan pereka yang super cool,
Hajar, Fazilah, Aimie, Ziha, Ubai, Izzat, Duan, Fizi

16 September 2010

Riak dan akibat

Zafran seorang budak lelaki yang belajar dari kesilapan. Sejak dia kecil, dia tak pernah ambil peduli tentang pelajaran. Keputusan peperiksaan dia tak pernah lebih dari 2 A. Sejarah tercipta apabila dia mendapat 4 A 1 C dalam Ujian Pengesanan 1 2000. Dia mula sedar yang dia ada potensi untuk cemerlang dalam pelajaran. Maka, dengan usaha yang berterusan sepanjang tahun, dia dapat 4 A 1 B dalam UPSR 2000.

Di sekolah menengah, dia menggilap potensi dan bakatnya dia dalam bidang pelajaran. Dia menjadi perhatian dan tumpuan rakan-rakan sekelas untuk memeriksa jawapan latihan. Dia mendapat penghargaan dari rakan-rakan dan guru. Dia membuktikannya dengan keputusan 7 A 2 B dalam PMR 2003.

Tingkatan 4 dan 5 mendedahkannya kepada pelbagai bidang ilmu yang baru. Matematik Tambahan, Fizik, Kimia dan banyak lagi. Dia menjadi semakin teruja dan ingin menguasai ilmu baru itu. Dengan pelbagai jawatan dan kedudukannya di dalam sekolah, dia menjadi semakin sibuk dengan aktiviti luar kelas. Namun, hal ini bukanlah menjadi masalah buatnya kerana dia memang mudah faham isi pelajaran meskipun tidak memasuki kelas.

Hari demi hari, Percubaan SPM tinggal sebulan lagi. Termasuk hari ini, sudah sebulan dia tidak memasuki kelas. Pergi kursus sana, pergi kursus sini, ponteng kelas. Dia rasa malas nak baca buku untuk Percubaan SPM. Dia fikir, dia mahu menguji tahap keupayaannya dengan menduduki Percubaan SPM tanpa baca buku 2 bulan. Maka, tibalah hari untuk Percubaan SPM. Dia berjaya mendapat 7 A 5 B dalam peperiksaan yang kesukarannya adalah dua kali ganda berbanding SPM sebenar. Dengan keadaannya yang tidak belajar selama 2 bulan, keputusan itu sangat cemerlang. Pasti dengan mudah sahaja, dia boleh mendapat keputusan yang cemerlang di dalam SPM nanti.

Maka, dia berubah fikiran untuk belajar bersungguh-sungguh untuk menghadapi SPM sebenar nanti. Jika tidak belajar pun boleh dapat 7 A, tidak mustahil jika dengan belajar dia boleh dapat 10 A ke atas. Setiap hari, setiap malam, dia belajar semula dari awal. Kini, SPM bakal menjelma esok. Dia merasakan sesuatu perasaan aneh dalam hatinya. Tapi, ianya tidak menjejaskan persiapannya menduduki SPM. Dia menjawap soalan dengan bersungguh-sungguh sehingga habis. Tiada langsung soalan yang dia tidak jawap. Setelah selesai SPM, leganya bukan kepalang lagi. Namun perasaan aneh itu masih kekal di hati.

Allah itu Maha Berkuasa. Dia mendapat 3 A 9 B untuk SPM 2005. Keputusan itu sangat teruk berbanding reputasinya selaku pelajar harapan. Semua guru dan rakan tidak dapat mempercayainya. Termasuklah keluarga dan dirinya sendiri. Dia sudah belajar dengan bersungguh-sungguh tetapi mengapa keputusannya tidak setimpal? Tidak adil! Keputusan ini sangat-sangat teruk.

Tidak lama lepas tu, dia terfikir bahawa ini merupakan balasan kerana dia riak dan bangga dengan pencapaiannya sebelum ini. Dia tidak bersyukur kepada Allah selama ini. Allah Maha Mengetahui. Allah membuka mata dan hatinya untuk menjadi insan yang berusaha dan bertawakal kepada Allah diatas segala urusan.

Cerita ini adalah khas buat adikku Nur Hafiyah Hazwani binti Haris Fadzillah yang bakal menduduki UPSR 2010 minggu hadapan. "zafran" yang diceritakan itu adalah aku sendiri. Aku sedar akan kesilapan aku. Dan aku rasa, aku patut menyampaikan mesej dan peringatan ini kepada orang lain.

adik, nasihat abang ni kena dengar.
jangan lah riak, belajar dan bersedia