30 October 2010

sepatuku

tersebutlah kisah di suatu masa, di suatu tempat...luncai, anak pak pandir sedang bersiap-siap nak keluar ke bandar...rambut disisir rapi, kemeja dikemaskan, jaket disarungkan, jeans tidak dilupakan...setibanya di bandar, semua orang mentertawakannya...kenapa? sebab dia pakai selipar jepun...haha

bukanlah salah untuk keluar dengan memakai selipar jepun...tapi biarlah kena gayanya dengan aksesori lain yang dipakai...kalau pakai t-shirt plain dengan jeans biasa...orang tak hairan kalau kita pakai selipar jepun...tapi kalau pakai jaket, pakai la kasut, baru lah padan...

aku suka pakai kasut bila nak pergi ke suatu tempat yang jauh...aku suka pakai kasut bila nak pergi ke suatu acara yang penuh gaya...aku suka bergaya dengan kasut...sebagai seorang lelaki, aku perlu ada banyak kasut...kasut kulit untuk ke kuliah dan acara formal, kasut gelanggang untuk main pemainan gelanggang, kasut padang untuk main permainan padang, kasut khas untuk dipakai berjalan-jalan...

so, kat sini aku nak kongsi koleksi kasut yang aku ada buat masa ni....

kasut Nike Zoom Aspiration ni, aku beli semata-mata demi basketball...aku puas hati dengan kasut ni, sebab tahan lasak untuk semua jenis sukan...dah lebih setahun aku pakai, masih lagi takde pape yang rosak even sehelai benang...berbaloi dengan sen nye...*bling3

kasut Paul Smith ni, aku beli khas untuk jalan-jalan...sebab dia simple dan menarik...erm, lagipun masa aku beli ni, aku tengah kemaruk barang-barang Paul Smith...hehe

kasut Adidas Liverpool ni, aku dapat daripada pakcik aku...dia dah pakai 3 tahun, kasut ni masih segak tanpa sebarang rosak...walaupun aku tak fanatik kat mana-mana kelab bola inggeris, aku tetap bangga dengan kasut ni...hehe

kasut bola je yang aku lum ada ni...bile ntah nak beli...kang aku beli, bukan pakai sangat...tunggu dah kerja nanti la baru beli...eheh, kalau korang perasan...semua kasut-kasut tadi ada satu persamaan...cuba teka...

lambat!! jawapan nye, warna merah...haha, aku mengaku aku agak tertarik dengan objek-objek yang ada unsur merah...sangat cantik di mata aku...baru aku sedar, banyak lagi barang-barang lain yang aku beli...hampir semua ada warna merah...kih3

p/s : kasut dah ada,
jaket lum ada,
hehe...

27 October 2010

bracelet

"a bracelet is a jewelry worn around wrist", Wikipedia

gelang merupakan antara barang kemas yang wajib pada seorang perempuan...ada banyak jenis gelang...gelang emas, gelang manik, gelang getah, gelanggang...eh?? haha...yang penting di sini, gelang adalah aksesori yang ringkas dan menarik untuk digayakan oleh si perempuan...perempuan je ke? tak jugak...lelaki pun masih boleh bergaya dengan aksesori berupa gelang ni...tapi jangan lah pakai gelang emas...uhuh

sebenarnya, aku pun tak terlepas daripada fesyen gelang ni...aku mula memakai gelang dalam 2 tahun lepas...masa tu, aku diberi seutas gelang batu oleh kekasih hati...thanks sayang...sejak tu, koleksi gelang aku semakin bertambah...so, di sini aku nak kongsi gelang-gelang yang aku pakai...

gelang pertama aku!! gelang ni diberi kekasih hati di Pizza Hut Teluk Intan *wink3

gelang ni pun diberi kekasih hati...hehe, tengok dia pakai, pastu aku mintak...

gelang ni aku dapat masa kat KFC...sempena World Hunger Relief Week

gelang ni diberi oleh kekasih hati...dan dia pun ada satu macam ni, lain kaler je...

gelang ni merupakan pemberian daripada ibu yang pulang dari Haji pada tahun lepas...dan kekasih hati juga ada satu seperti ini...kaler lain sikit je...hehe

latest, gelang ni aku beli kat Giant Kuala Terengganu masa puasa baru ni...menarik dengan simpulan yang dibuat tanpa terputus tali-talinya...*clap3

tu jelah koleksi gelang aku buat masa ni...hehe, maklum la...bila makin besar ni, dah makin pandai bergaya...kan? kan? kan? bila keluar jalan-jalan, mesti mahu bergaya...bila keluar dating bersama kekasih hati, mesti mahu bergaya...baru padan dengan kekasih yang comel...*phewit

p/s : kekasih hati, saya mahu lagi gelang...hehe
love u, too~~

26 October 2010

lompat tinggi-tinggi

Tarikh : 20-21 Oktober 2010
Tempat : Padang IPG Kampus Sultan Mizan
Perkara : Kejohanan Olahraga Tahunan 2010

nak cerita kali ini pasal aku masuk acara lompat tinggi...haha, seumur hidup aku, 3 kali je aku pernah masuk acara lompat tinggi dalam sukan olahraga...

  1. 2000 - Darjah 6 (SK Permatang Pelanduk) / Perak
  2. 2005 - Tingkatan 5 (SMK Sultan Abdullah) / Perak
  3. 2010 - Semester 6 (IPG Kampus Sultan Mizan) /
haha...aku kalah dalam pusingan awal la kalini...starting 140cm...walaupun aku ada advantage dengan ketinggian 177cm, tapi memang aku bukan atlet...rasanya aku tak pernah diberi peluang untuk belajar dan berlatih acara lompat tinggi ni...mungkin kalau ada orang yang latih, aku akan lebih berjaya dalam sukan ni...haha


yeah, that's me...haha

p/s : if u see the potential,
give it an opportunity,
to polish it...

23 October 2010

Pameran Matematik 2010

Perkara : Pameran Matematik 2010
Tempat : Ruang Legar Perpustakaan Za'aba, IPG Kampus Sultan Mizan
Tarikh : 18 Oktober 2010
Masa : 9:00 pagi - 3:00 petang
Anjuran : PISMP (Jan/08/P/KPM) MT


maka, berlangsunglah pameran berkenaan dengan sungguh jayanya...segala kepenatan dan keletihan adalah amat berbaloi-baloi...kepuasan jelas terasa sebab respon yang kitorang dapat sangat best...

"best la pameran korang, banyak aktiviti menarik"
"weh, esok ada lagi tak pameran korang ni? syok la"
"pertandingan korang memang terbaek lah"

yang aku nak cite kat sini, kumpulan aku la yang bertanggungjawab ke atas acara pertandingan untuk pameran tu...haha, ahli-ahli kumpulan aku ialah aku, halim, duan, lina dan mei...masa mesyuarat persatuan tu, kitorang sekumpulan ada gak bincang nak buat pertandingan ape...tapi hasilnya, hanyalah pertandingan-pertandingan yang biasa orang buat...so, kitorang pun rilek-rilek je...bila deadline makin dekat, kumpulan yang incharge buat pamplet nak nama acara-acara pertandingan kitorang...maka, pada 16 Oktober 2010, jam 9:00 malam lebih kurang, aku, duan ngan halim pun duduk berbincang dan fikir ape pertandingan yang kitorang nak buat...yang penting, pertandingan tu lain dari yang lain...

dan hasilnya ialah, Keep Your Way, pertandingan yang memerlukan peserta menggerakkan gegelung dawai di sepanjang garisan dawai yang disediakan tanpa menyentuh dawai tu...kalau sentuh, akan berbunyi...senang je kan? tak jugak...sebab peserta tu mesti berhenti kat checkpoint sambil menjawap soalan matematik yang disediakan...gegelung tu mesti sentiasa kekal kat checkpoint masa nak jawap soalan...kalau tak, akan tersentuh dawai dan berbunyi...haha, selamat mencuba...


acara seterusnya, Mysterious Box...kat sini, peserta kena duduk di kerusi yang disediakan dan cuba merasa objek di bawah meja dengan kaki...senang kan? tak jugak...peserta kena meneka bentuk permukaan objek tu...seterusnya, membilang jumlah permukaan yang ada...hanya guna kaki taw, selamat maju jaya!! haha


yang paling popular, Smash It...peserta kena main pingpong selama 1 minit je...cukup 1 minit, berhenti...dan nyatakan jumlah mata yang dia dapat kumpul...haha, siapa kata senang? kena congak taw...kalau jawapan salah walaupun berbeza 1 je...anda kalah!! haha, berani? cubalah...


dan pertandingan yang paling menjadi buah mulut orang ramai, ialah Kuiz...hehe, ada 4 soalan je...semua soalan adalah di aras IQ 150 ke atas...haha, siapa nak masuk pertandingan ni senang je...cume datang ke pameran kitorang, ambik kertas kuiz kat sebelah buku rekod pengunjung, dan hantar kertas tu beserta jawapan di booth Mysterious Box sebelum jam 3:00 petang...


jujurnya, aku bangga dengan maklum balas pengunjung tentang acara-acara pertandingan yang kumpulan aku buatkan ni...menarik dan mesra pengunjung...tanpa sebarang bayaran untuk masuk...tanpa menetapkan syarat jantina...bebas, semua orang berpeluang mengambil bahagian...hehe

hadiah? aku sebagai ketua kumpulan dah fikir masak-masak...aku dah tetapkan yang hadiah cuma ringkas-ringkas je...siapa masuk pertandingan, tak kira yang mana (kecuali kuiz) akan dapat hadiah...siapa yang menang akan dapat key chain sebagai tanda tahniah kerana berjaya...siapa kalah akan dapat bookmark sebagai tanda terima kasih kerana mencuba...untuk kuiz, 5 hamper disediakan untuk diberikan kepada pemenang...

Alhamdulillah, semua acara berjalan dengan lancar...pameran pun berjalan dengan sungguh lancar...tahniah dan terima kasih buat yang terlibat secara langsung atau tak langsung...

p/s : "kumpulan kita genius,
dapat pikir pertandingan camtu",
kata halim...
"nak tenok lagi banyak gambar?
view la facebook aku",
kata aku...

18 October 2010

Pantai Melawi

"minggu depan jangan ada siapa-siapa balik rumah,
kita nak buat solat hajat
"

begitulah taklimat serba ringkas berkenaan aktiviti yang kitorang akan buat pada 15 & 16 Oktober 2010...kami seramai 10 orang lelaki dari kelas Matematik Sem 6, bercuti di Pantai Melawi...konklusi, seronok...haha

okay, ni nak cerita aktiviti sepanjang percutian...kami bertolak dari maktab seramai 8 orang...1 kereta dan 3 motosikal...sampai je kat Chalet Sri Melawi, kitorang letak barang2 dalam bilik dan makan kepuk (keropok lekor) ngan ubi goreng (keledek)...lepas solat asar, kitorang main bola tampar...pergh, enjoy tak hingat...haha...


selepas beberapa set main volleyball, kitorang main bola sepak pantai la pulak...main sorang je keeper...haha, siyes penat gila main bola sepak pantai...bila dah penat main, kitorang massuk laut, yeah!!!! maka bermulalah sesi bermain di persisiran pantai serta mandi laut...haha, nasib baik pantai landai je...boleh main sampai ke tengah laut....kalau tak, jangan harap aku nak main jauh-jauh...

aktiviti malam, buat barbeku...setelah duan sampai dengan membawa muatan barbeku berupa ayam, ikan, sotong serta sosej, aku ngan halim pun mula siapkan bara...tak sangka, pandai gak kitorang buat bara...haha, bila yang lain-lain dah siap mandi dan solat, tukar turn la pulak...dorang sambung bakar ayam...aku pergi mandi dan solat maghrib...


aktiviti di malam hari lebih santai dan rileks...sambil bakar ayam, makan bihun goreng, ada pulak kepuk goreng, disusuli air oren + sirap yang sejuk, melepak di depan chalet, sambil tonton movie, main kad terup, dengar dendangan dan petikan gitar akustik oleh duan dan afiq...pergh, malam yang sangat sempoi...perut kenyang, hati senang, otak lapang...tapi, sebab petang tadi dah sakan sangat main sampai penat letih semput, maka bila tengah malam mula menjejak, dah separuh tumbang dalam chalet...paling awal tumbang, halim ngan ariff, pastu paa, jat ngan ubai pun tumbang sekali...tinggallah aku, duan, apih, afiq dan zamil menonton movie Wrong Turn 2...apih tengok kejap je, sebab takut tengok scene potong-potong yang ganas tu...dalam pukul 2 pagi kot, aku pun naik solat isyak dan tidur...

esok paginya, lepas solat subuh dan snap gambar-gambar, ariff ngan paa balik maktab dulu...ariff ada debat (aku kagum dengan komitmen beliau)...pastu, aku, jat, ubai ngan halim berjalan-jalan di persisiran pantai sambil melayan pemandangan matahari terbit...fuhh, memang masyuk beb...pastu, aku, halim, duan, apih main aci bola...haha, memang serunuk...dah penat-penat, apa lagi? masuk laut!! haha...dah puas mandi, naik chalet, terus siap-siap untuk balik...kemas punya kemas punya kemas...semua orang dah ready nak balik...mari kita abadikan kenangan di dalam gambar, yeah!!


p/s : kalau nak tengok lagi banyak-banyak gambar,
sila lah view facebook aku, haha!!

14 October 2010

inovasi oh inovasi...

Multi-purpose Place Value Chart

haa...tu la nama projek inovasi yang aku sertai baru-baru ni...sebenarnya, projek ni adalah idea asal daripada Che Na dari PISMP Math Sem 8...kemudian, aku diserap masuk oleh pensyarah untuk membantu Che Na memperbaiki projek ni...maka berkolaborasilah aku bersama Che Na, Wam serta Yam untuk menyediakan projek ini...

oleh kerana hanya aku sahaja ahli PISMP Math Sem 6 di dalam kumpulan ni, maka kerja-kerja pembikinan projek terpaksa dijalankan pada waktu malam...maka, berlalulah malam-malam sepanjang pembikinan projek berlangsung...kesukaran sepanjang pembikinan projek adalah tidak terkata...malam ni aku bagi kerja untuk mereka selesaikan, esok aku terpaksa memikirkan idea untuk disesuaikan dengan hasil kerja dorang...haha

10-12 oktober 2010 merupakan hari-hari yang paling sibuk bagi kitorang...banyak sangat masalah yang belum diatasi...tapi hari pertandingan dah dekat...malam isnin tu, alhamdulillah...semua elemen penting projek dapat disiapkan...semua elemen berfungsi dengan baik...kini hanya menanti esok tiba...


di hari pertandingan, majlis bermula dengan ucapan dan sebagainya...hakim mula menilai sekitar jam 10 pagi...pada masa yang sama, pelajar-pelajar lain serta pensyarah-pensyarah turut memeriahkan acara dengan meninjau semua 'booth' pameran inovasi...maka, selaku wakil setiap 'booth', aku dengan Che Na perlu menerangkan projek inovasi kitorang kepada setiap pengunjung yang datang ke 'booth' kitorang...

segalanya berjalan dengan lancar...amat lancar rasanya...sehinggalah ketika hakim datang menilai projek inovasi di 'booth' sebelah kitorang...tiba-tiba, elemen elektronik tidak berfungsi langsung...aku periksa litar...ada 3 wayar putus...cilakak!! masa ni lah kau nak buat hal!! aku sangat kecewa...aku redha jela...hakim pun tiba, maka aku dan Che Na pun terangkan kepada hakim tentang projek ini...tanpa melibatkan elemen elektronik...alhamdulillah, hakim berpuas hati dengan penjelasan kitorang...hakim tidak menyedari kekurangan yang wujud tadi...

fuhh~~~leganya rasa hati ni, tidak dapat diungkapkan dengan kata-kata lagi...kitorang pun terus jalankan tugas kitorang menerangkan projek kepada setiap pengunjung yang datang ke 'booth' kami...kemudian, Che Na pun beredar sebentar tinggallah aku seorang menjaga 'booth' dan menerangkan projek kepada pengunjung...

tiba-tiba, "baiklah, ni saya bawa hakim lain untuk merentas projek inovasi awak, saya beri awak 2 minit untuk jelaskan kepada kami semua" kata hakim kepada aku....mak aih, gila!!! aku pun dengan tenang terus menerangkan dengan ringkas dan padat mengenai projek inovasi ni...tak semena-mena, "ni lampu ni berfungsi tak?" tanya seorang hakim...ah sudah, dia dah detect problem aku...aku pun jelaskan keadaannya bahawa ianya berfungsi asalnya dan tidak berfungsi setelah banyak demonstrasi kepada pengunjung...

lepas hakim blah, aku pun redhalah kalau aku kalah...petang tu, masa pengumuman keputusan, aku terkejut yang kumpulan kitorang dapat anugerah gangsa...tapi yang paling mengejutkan aku, kumpulan-kumpulan lain semuanya ketua penyelidik pensyarah...erti kata lain, projek tu pensyarah punya idea...dorang cuma buat je...aku rasa macam tak adil sangat...tapi, takpelah...sebab ketua penyelidik kumpulan aku (Che Na) pun sama taraf dengan ketua penyelidik korang...


apa pun, aku dah cukup puas hati dengan pencapaian kitorang...sekarang 'plague' tu terpampang kat Jabatan Matematik, IPG Kampus Sultan Mizan...alhamdulillah, terima kasih buat pensyarah-pensyarah jabatan matematik yang banyak bagi sokongan, En Ariff dan Miss Tan terutamanya...terima kasih juga buat sahabat-sahabat PISMP Math Sem 6 dan PISMP Math Sem 8 diatas sokongan dan bantuan secara langsung dan tidak langsung...anugerah ini untuk kita semua!!
p/s: tahniah ducapkan buat SATU-SATUNYA
pasukan yang KETUA PENYELIDIK
terdiri daripada PELAJAR

06 October 2010

terhantuk tiang

pernah tengok orang terhantuk tiang? haha...mesti sangat kelakar kan? ini cerita tentang seorang kawan aku yang terhantuk tiang kat depan mata aku...

cerita berlaku sekitar 2003...petang tu, aku dan dia balik dari 'prep' petang sama-sama...kami berborak...kami bersembang...bila dah nak sampai pintu pagar asrama perempuan, aku pun berhenti dan dia terus berjalan menuju ke asrama perempuan...dalam masa yang sama, kami masih bersembang dan berborak...dia pun berjalan pulang dengan mengundur...tanpa menyedari keberadaan tiang di belakangnya...kemudian, bila dia berpaling ke depan, DANNNNGGGG!! dia terhantuk kat tiang tu....

Hahahahahahahahahaha~~~~~~~~~~~~
begitulah lebih kurang aku bergelak ketawa dek kerana lucu melihat telatahnya melanggar tiang tadi...aku gelak hampir menangis...sangat kelakar....haha

bila aku dah mula reda gelak tawa, aku perasan sesuatu yang pelik...dia tak sakit pun lepas langgar tiang tadi....dia tak marah pun aku gelakkan dia tadi...dia tak sedih pun setelah apa yang terjadi...sebaliknya, dia memandang aku dengan penuh rasa terpegun...........

terpegun??? haa....betul tu, terpegun...aku tanya dia, nape dia tengok aku macam tu? dia jawap, "ni kali pertama aku dapat tengok ko gelak, aku suke".............aku terus tersentak, membuatkan aku muhasabah diri...aku sedar selama ni aku memang sentiasa serius dengan kawan-kawan...membuatkan aku kurang kawan...maka, mulai saat itulah aku mula berubah menjadi seorang lelaki yang bersifat humor dan disenangi kawan-kawan...

terima kasih buat kawan aku tu, sebab dia lah aku mula berjenaka dan bergurau...aku akan ingat peristiwa bersejarah itu selama-lamanya...kau lah sahabat paling rapat dengan aku...walaupun sebenarnya kita mula kenal sejak 2000, dan mula menjadi rapat pada 2002, aku amat hargai persahabatan kita ini....

pada petang jumaat yang lalu (1 Oktober 2010), dia sudah sah bergelar isteri...meskipun aku tak berkesempatan dan berpeluang untuk menghadiri majlis persandingannya, aku di sini tetap mendoakan yang terbaik buat dia dan suami tercinta...

di kesempatan ini, aku ingin mengucapkan,
"Selamat Pengantin Baru, Semoga bahagia ke anak cucu, Semoga berkekalan hingga ke syurga..."
buat sahabat paling rapat yang aku pernah ada, Siti Farhain binti Saini serta suaminya, Nazharafis...