07 October 2012

sunsetlah kononnya

ada satu petang tu, kawan aku ajak shooting sunset... kitorang pilih untuk shooting kawasan lapang area rumah kawan aku tu je... so, ni aku kongsikan beberapa hasil 1100d aku... enjoy it!








aku tak dapat nak amik gambar sunset petang tu sebab awan tutup matahari... takpe la, lainkali aku shoot lagi...

p/s: masih mencari cara edit gambar vintage =)

05 October 2012

edit la wei

"kalau ko edit gambar-gambar tu, kompem lebih cantik"

dengan berbekalkan dorongan kawan aku tu, aku pun edit la setakat yang mata aku sedap memandang... so, ni aku kongsikan beberapa hasil gambar masa outing ke Sibu minggu lepas in edited version...

ini Angela... manis kan senyuman dia... =)
 
ini Cheryl... bergaya di eskalator...
 
Cheryl dalam kereta...
 
cover album Cheryl Jimmy... =)
 
cover album Angela... =)

that's all for now... insyaAllah there will be more pictures from me next time...

p/s: aku tak reti nak edit pakai photoshop...haha
aku pakai photoscape je...free lagi tu...

30 September 2012

ceri the witch

ni aku kongsikan beberapa hasil bidikan untuk hujung minggu ni...

 ni saje je nak test taillight kat depan hotel... tripod tak bawak, pegang jela 15saat... haha

ceri is taken already...

manipulasi goosebumps... haha, ceri macam the witch lak...
 
hoho... makin hebat 'kuasa' si ceri ni...
 
ouh, dengan muka yang serius... memang ceri the witch la... hehe
 
ceri meniup 'sesuatu' untuk dihantar kat orang lain... scary!
 
ceri sedang fikir nak sihir siapa pula lepas ni... hahahaha

diingatkan, semua gambar ni adalah unedited version... hehe, yeah... sangat seronok pakai 50mm...

p/s: dapat makin ramai kawan hujung minggu ni... hehe

27 September 2012

jam 8, cikgu!

silibus matematik untuk tahun 5, aku dah habis ajar dah... so, aku buat projek miniatur sekolah untuk budak-budak tahun 5... aku bagi diorang mounting board... aku bagi arahan untuk lukiskan kotak dengan ukuran-ukuran tertentu...

aku cuma pantau je diorang lukis semua yang aku mintak tu... aku pastikan cara diorang mengukur dengan pembaris tu betul... bila diorang dah siap lukis, aku tolong potongkan dengan cutter... lepas tu, aku suruh diorang lukiskan pintu kelas, tingkap kelas...

bila dah habis waktu kelas, aku suruh diorang kemas semuanya... simpan elok-elok kepingan-kepingan yang dah dipotong tadi... sebelum aku keluar, diorang salam macam biasa...

tiba-tiba, Edda kata nanti pukul 8 malam sambung lagi kelas... dia cakap dalam bahasa iban la... cikgu, jam 8 polah agik... anang lupa, cikgu...

pukul 7:30 malam, Rani, Birai dengan Edda panggil aku kat rumah... diorang suruh aku pejam mata... anang medak, cikgu... aku tanya, kineknyak nak bejalai? macam mana nak jalan tutup mata? so, diorang pimpim aku jalan, turun tangga, langkah longkang sampai la ke kelas...

mata masih lagi tutup, diorang sua kerusi suruh aku duduk... tak lama lepas tu, lampu menyala dan

Happy Birthday to you,
Happy Birthday to you,
Happy Birthday to Cikgu Hafizi...
Happy Birthday to you...


tak sangka pulak anak-anak murid aku ni buat surprise party untuk aku... lepas tu aku tanya, eh dah boleh buka mata ke belum ni? hahaha... kitorang pun makan sama-sama...


takdelah mewah sangat... sekadar keropok-keropok je dengan air sirap... that was more than enough to wish happy birthday... lepas tu diorang bagi kad-kad birthday... hehe sweet kan anak-anak murid aku?


antara isi yang paling terharu, saya harap cikgu mengajar kami lagi di sini tahun depan... huhu

p/s: tahun ini tahun terakhir sambut birthday sebagai bujang, hehe

23 September 2012

teruja beb!

berkawan biar beribu

aku suka berkawan... pergi mana-mana pun, aku akan berkawan... pergi sini dapat kawan baru... pergi sana dapat kawan baru lagi... entry kalini, aku nak kongsi pasal sorang kawan baru aku...

dia sumandak kadazan... kena posting kat Kapit tapi pedalaman P3... walaupun dia tua dari aku 2 tahun, tak nampak beza pun... dia kata, rahsia awet mudanya ialah selalu ceria...


the best part is, dia berminat dengan agama Islam... masa aku tahu tu, cuma Allah je tahu betapa terujanya aku... dia dah biasa dengan cara hidup Islam dari sekolah menengah lagi... so, step by step, insyaAllah suatu hari nanti dia akan jadi saudara baru kita...

buat semua rakan Islam, kita ni mencerminkan nilai agama kita... tak kira dimana, dengan siapa dan bila masanya, kita kena selalu berbuat baik... mudah-mudahan, orang lain akan tertarik dengan keindahan dalam Islam...

buat kawan, aku sokong kau sepenuhnya... kalau kau ada apa-apa nak tanya, aku akan cuba jelaskan sekadar yang aku mampu... aku doakan semoga semuanya berjalan lancar...

p/s: kita sama-sama doakan, ya?

15 September 2012

dila, tunangan orang

bertarikh 31 ogos 2012, kawan aku dari sekola menengah bertunang... aku dijemput untuk mengambil beberapa keping gambar untuk diabadikan detik2 bersejarah tu...

jadi, entry kalini khas aku buat untuk ucapkan tahniah kat ko, Dila...


terima kasih sebab bagi aku peluang untuk ambil gambar... jadi, berikut antara hasil-hasilnya...
 





ini first job... so, sangat banyak kelemahan sana sini... teknik dan skill masih banyak boleh ditingkatkan... insyaAllah lepas ni lebih baik lagi...

p/s: i love 50mm so much!

29 August 2012

6ixteen hundred


happy 1600 days of love, sayang...
may Allah blessed our love forever and ever...

p/s: sejak jatuh cinta pandang pertama,
terus jatuh cinta di setiap pandangan =)

05 August 2012

baik buruk

masa aku form 3, aku macam budak-budak remaja lain... mencari imej sendiri... cuba untuk jadi terbaik dalam segala segi... konon nak jadi top la kat sekolah, haha... tak jadi pun...

tiba-tiba terdetik kat hati, nak tahu pandangan orang kat diri sendiri... cuma untuk perbaiki diri sendiri... muhasabah sikit... kekalkan apa yang baik, betulkan apa yang buruk...

so, aku pun bagi kertas kat kawan-kawan aku... aku suruh diorang tuliskan kebaikan dan keburukan yang diorang nampak pada aku... tak tulis nama pun... tulis la berapa banyak pun ikot suka...

bila diorang dah siap tulis, bagi aku... aku baca... aku simpan...

aku simpan dalam dompet aku, sampai sekarang... bila-bila aku baca, aku ingat kat pesan kawan-kawan aku ni... it's a good thing, keep reminds me to be better...

dah lusuh pun kertas-kertas ni... tapi aku tetap akan simpan sampai bila-bila pun... korang kawan terbaik aku...

ini antara kertas-kertas yang masih ada tulisan... haha, sebenarnya diorang tulis dua-dua belah muka surat... so, nampak macam double pulak tulisan tu... mesti korang try baca tulisan-tulisan tu kan? hahaha... tersepet-sepet mata nak membacanya...

anyway, kertas-kertas ni buat aku jadi aku yang sekarang... tak la terlalu bagus... cuma cukup sekadar buat kawan-kawan aku bangga mengaku, "kitorang kawan selamanya"...

p/s : lawak sebenarnya baca kertas-kertas ni, haha

manok pansuh

kalini aku nak share dengan korang manok pansuh atau ayam pansuh...

mula-mula, sediakan bawang putih...

hiris halus-halus bunga kantan...

tumbuk halia, asam jawa dengan bawang putih...

gaulkan bersama ayam dengan rata...

tambahkan garam secukup rasa...
gula digunakan untuk menggantikan ajinomoto...

tuang sedikit kicap manis untuk lebih perisa...

potong cili api semahu suka...

buluh ni mesti dibersihkan dulu... penuhkan buluh dengan air... biarkan dalam sejam dua... nanti nak guna, buang je air tu...

boleh mula sumbat buluh dengan hasil gaulan tadi... mulakan dengan daun-daun dulu untuk jadi lapik tapak buluh... lepas tu, baru masukkan isi ayam nya...

sumbat pucuk ubi sebagai penutup buluh...

tadaa... dah sedia untuk dibakar...

bakar buluh dengan posisi tegak camni... jangan bakar macam lemang pulak...

bila nampak bontot buluh tu dah nak habis, eloklah angkat siap-siap... kang kalau bocor bontotnya, habis la isi dalam tu... cara nak tahu dah siap masak ke belum, korang pegang buluh tu (lapik kain atau surat khabar lah), korang boleh rasa air dalam buluh tu menggelegak blup blup blup blup... dah masak la tu...

lepas tu, tuang la isinya dalam bekas... yippe, jom makan!

boleh jugak gantikan ayam dengan ikan... tapi jangan tunggu menggelegak sangat... ikan kejap je dah masak... so, selamat mencuba!
p/s : be creative, korang boleh edit resipi dia...

04 August 2012

minesweeper

aku nak share pasal satu game yang ada kat semua komputer... minesweeper nama dia... maksudnya pembersih periuk api... hahaha, habis baku kau...

okeh, mula-mula bukak minesweeper ni... pilih beginner dulu la... nanti dah master, boleh la naikkan level...
 
mula-mula, korang tekan je kat mana-mana... aku jamin yang korang takkan kena bom... tekan sekali je dulu...

then, korang tengok dulu nombor 1 macam dalam bulat tu... 1 maksudnya ada 1 bom je kat keliling dia... korang nampak garis merah tu? petak mana yang kena kat garis merah tu? ada 1 je petaknya kan? so, confirm petak tu ada bom... maka, jangan tekan!

nak senang, korang right-click kat petak yang korang yakin ada bom tu... so lepas ni, senang la nak detect bom lain... atas nombor 1 tadi, nombor 1 jugak kan? korang tengok sendiri keliling dia... ada tak petak yang kena? ada 2 petak... tapi, antara 2 petak tu, ada 1 petak yang korang dah tanda... maksudnya, petak tu la bomnya... maka, korang tekan je petak-petak lain keliling dia tu... 
 
kat atas ni, aku dah tolong siapkan sikit... korang tengok la, keliling nombor 1 memang cuma ada 1 bom... nombor 2, 2 bom dan seterusnya... untuk beginner, cuma ada 10 bom... korang boleh nampak, bilangan bom kat bawah tu dah jadi 0... so, korang tekan je petak-petak yang tinggal...

dan, tahniah... korang berjaya memenangi game ni !!
 
 ini rekod terbaik aku untuk level beginner...

ini pulak level intermediate...
 
yang ini, level advance... hahahaha

p/s : ini permainan dikala bosan,
kebanyakan nerd je yang main...