22 December 2010

As-Syafie

setiap sekolah ada nama-nama kelas tersendiri...tak kira la korang Sekolah Berasrama Penuh, Sekolah Menengah Sains, Maktab Rendah Sains Mara, Sekolah Menengah Kebangsaan atau apa-apa jenis sekolah pun, mesti nama-nama kelas nya tersendiri kan?

sama la dengan sekolah aku, Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Abdullah...nama kelas aku, As-Syafie...kat sekolah aku ni, kelas As-Syafie ialah kelas aliran agama (KAA)...atau lebih dikenali dengan nama kelas Rancangan Khas Agama (RKA)...

apa yang lebihnya kelas ni berbanding kelas lain? untuk menengah rendah, lebih kat subjek Bahasa Arab je...untuk menengah atas lak, lebih kat subjek Bahasa Arab, Syariah Islam, Quran Sunnah, Fizik, Kimia, Biologi, Prinsip Akaun, Ekonomi Asas, Tasawwur Islam...

nak tahu nama-nama kelas lain?
untuk form 1 - form 3

As-Syafie (RKA)
Hanafi
Ibnu Majah
Maliki
Hambali
Bukhari
Tarmizi

untuk form 4 - form 5

As-Syafie (Sains Agama/Akaun Agama)
Ibnu Sina (Sains)
Ibnu Majah (Sains/Akaun)
Al-Khawarizmi (Akaun)
Ibnu Khaldun (Seni)
Ibnu Taimiah (Sains Pertanian)
MPV 1 (Masakan)
MPV 2 (Jahitan)

hehe...best kan nama-nama kelas kitorang? ni antara pic yang aku dapat cari...

2 As-Syafie

3 As-Syafie

4 As-Syafie

p/s : rindu zaman sekolah...banyak sangat sangat kenangan,
manis dan pahit...mematangkan hidup...

1 comment:

ID said...

comelnya akuk...hihi