28 February 2011

mulut masin

mulut siapa masin? masinnya mulut seseorang itu hanya dapat dipastikan bila kita mencium mulutnya...aku tak pernah cium mulut, maka tak tahu lah mulut tu sebenarnya masin ke tak...owh, kotor sungguh fikiran itu...

sebenarnya, aku nak cerita pasal simpulan bahasa 'mulut masin' yang bermaksud perkataan yang diluahkan seseorang itu menjadi kenyataan...

cerita berkisar semasa zaman sekolah rendah...petang tu, loceng sekolah agama berbunyi menandakan waktu sekolah dah habis...jom balik!!! dalam perjalanan dari pagar sekolah ke jalan besar, aku borak-borak dengan kawan-kawan...

mula-mula, pasal lukis watak digimon dalam buku matematik...lepas tu, pasal Goku gabung badan dengan Bezita sampai tahap Super Saiya 3...lepas tu, pasal member yang excident bawak basikal sambil sebelah tangan pegang payung masa tengah hujan sampai patah tangan...

aku pun berkata "a'ah kan? dah lama aku tak tengok excident"
tiba-tiba, EEEKKKKKK........BOOOOMMM!!!

kereta dari jalan besar nak belok masuk ke kawasan sekolah...ada motosikal dari belakang...mungkin kereta lambat bagi signal...mungkin motosikal laju sangat atau sambil lewa...motosikal tak sempat nak elak kereta...motosikal melanggar bumper belakang kereta...penunggang motosikal masih tak jatuh...tapi motosikal sudah hilang kawalan...penunggang jatuh ke tepi jalan sambil memerhatikan motosikalnya bergerak sendiri 100meter ke hadapan dan jatuh ke dalam parit...

hurm....bukan sebab mulut aku masin kan??

p/s : masin adalah satu rasa,
apa rasa mulut yang sebenarnya?? haha

18 February 2011

selipar

rindu zaman sekolah rendah dulu...memang dah lama sangat zaman yang indah itu berlalu...banyak kenangan yang manis...tak juga terlepas, yang pahit...biasa la tu, kan?

kat tempat aku, kitorang panggil sekolah petang tu sekolah arab...ada orang panggil sekolah petang, ada yang panggil sekolah agama...tapi yang penting, semuanya merujuk pada sekolah yang sama...

kitorang pergi sekolah arab, pakai selipar je...sekolah arab kitorang tu, ada 1 blok je...bilik guru, darjah 1, 2, 3, 4, 5 dan 6...blok pejabat dan surau terletak berasingan kat luar pagar...

bila musim hujan, longkang kat blok kitorang ni akan digenangi air...airnya mengalir dengan laju...oleh sebab 1 blok je, maka sistem longkangnya cuma ada 1 je jalan keluar...semua air dari seluruh kawasan longkang akan berpusu-pusu menerjah laluan keluar melepasi pagar sekolah...

bila kat sekolah ni, tak sah kalau takde watak nakal...kitorang budak lelaki ni, suka sangat perdajalkan kawan-kawan...kitorang sepak selipar kawan-kawan ke longkang yang penuh dengan air hujan yang mengalir dengan laju tu...dan bersorak selipar yang disepak siapa yang akan sampai ke garis penamat (pagar sekolah) dulu...hahaha

tak terkecuali, selipar kawan-kawan perempuan pun kena sepak jugak...yang seronoknya, berebut budak lelaki nak jadi hero...

P: eh, tu selipar aku!!! (cuba menarik perhatian semua)
L: hah, selipar ko?? (memandang dengan penuh terkejut)
P: a'ah, tolong ambikkan boleh?? (sambil wink2kan mata)
L: ok2, jap aku pergi ambikkan...(sambil tersengih-sengih)

maklum lah, perempuan mana nak main hujan kan? maka, bersusah payah lah si lelaki ni tadi cuba menambat hati si perempuan dengan memanjat pagar sekolah semata-mata untuk menyelamatkan selipar itu...

yang hampehnya, ko selamatkan selipar dia je!! abih tu, selipar-selipar lain kat luar pagar tu ko leh plak biakan je?? padahal ko la yang sepak semua selipar tu, termasuk selipar awek tu!! haduii...

paling kelakar bila tersepak selipar ustaz ngan ustazah...kelam kabut cepat-cepat pergi selamatkan...kalau tak, nanti kena khatan depan orang ramai (sebenarnya khatam, tapi tak tahu kenapa masa tu kitorang asyik konpius dengan khatan, tu sebab kitorang takut)...

p/s : disini, aku nak mintak maaf kat semua yang aku tersepak seliparnya dulu,
tiba-tiba mode insaf diri lepas si kekasih insaf gak dari cerita ustaz amirul,
hehe...

07 February 2011

geng cangkuk

dulu masa zaman sekolah rendah, aku tak nakal sangat...tak tumbuk budak lain...tak conteng kereta cikgu...tak pecahkan tingkap kelas...

setakat main kejar-kejar budak perempuan tu, biasa la budak-budak tak reti lagi pasal isu lawan jantina ni...

setakat datang lambat setiap hari tu, maklum la ayah pun bangun lambat...

setakat kena roti john (rotan) dek PK HEM tu, pasal aku join kawan-kawan buli anak PK HEM...

setakat berlari-lari dalam kelas, sudah lumrah jiwa anak kecil yang terlalu bertenaga lebih...

rasanya, semua benda nakal tadi tu perkara biasa yang dilakukan hampir setiap insan tatkala di bangku sekolah rendah...

tapi, aku ada pengalaman yang lagi menarik...aku sangat suka makan kuih burger malaysia...sedap...manis sikit-sikit...pedas jugak sikit-sikit...setiap hari, ayah bagi aku duit belanja 50sen...zaman tu, air 10sen...nasi, mee, bihun, kuey tiow, semuanya 20sen...ala, masa tu, pinggan kecik tu dah cukup sangat untuk perut budak-budak kan? kuih muih segala jenis harganya 20sen...maka, cukup-cukup lah 50sen sehari...pandai ayah aku bajet kan?

tapi, aku tak puas la makan banyak tu...nak lagi...dan lagi...dan lagi lagi...maka, aku pun memanipulasikan gerak tangan kreatif untuk memenuhi keperluan maslow tahap pertama aku...makan!

burger malaysia, 20sen...maka, aku letak 20sen dalam poket kiri...aku amik burger malaysia, masuk dalam poket kiri...amik 20sen, pegang dengan tangan kiri...amik burger malaysia, masuk dalam poket kanan...20sen tu tadi, pegang dengan tangan kanan...amik burger malaysia, aku bayar 20sen...

hasilnya, 3 burger malaysia (60sen) dengan harga 20sen...hahahaha aku puas...ramai kawan-kawan mintak aku ajar teknik tu...bila makin ramai pengikut, kawan aku dengan rasminya kata, kamilah geng cangkuk...

itu MENCURI !!! itu BERDOSA !!! itu HARAM !!! masa tu, aku tak sedar pun tu semua akan jadi darah daging aku...aku pun lum mumayyis lagi...baligh apatah lagi...aku pun dah bertaubat...kat sini, aku nak minta maaf kat pakcik kantin...maaf, saya tak kenal pakcik (pakcik ke makcik ntah) apatah lagi mencari pakcik...maaf, saya merugikan perniagaan pakcik selama 2 tahun...halalkan makan minum saya...selamat hari raya...huhu

tak lama pun aku buat aktiviti tak elok tu...darjah 6 aku pindah sekolah lain...maka, aku pun berazam untuk perbaiki cara hidup...alhamdulillah, tu semua kini jadi tauladan untuk aku...

p/s : bila aku ceritakan pengalaman tu kat anak murid,
dorang jadi takut untuk mencuri lagi,
sebab aku tokok bahagian ditimpa musibah dariNya...hehe