11 November 2011

emas beb !

16 Oktober 2011, aku dapat satu berita dari Dr Fan... dia kata, BPG pilih abstrak aku untuk masuk pertandingan inovasi... masa aku dapat berita tu, aku terkejut... yela, sebab dah la kalah hari tu kan... tup tup, hari ni masuk bertanding lak... macam tak caya aku...

Konvensyen Kebangsaan Pendidikan Guru 2011
Pameran & Pertandingan Inovasi Kategori IPG
A'Famosa Resort, Melaka
30 Oktober 2011 - 2 November 2011

berbekalkan masa lagi seminggu je untuk siapkan semua keperluan, seminggu lagi pulak cuti, maka aku tubuhkan satu kumpulan... lagipun, atas sebab-sebab tertentu, aku perlukan kumpulan untuk ganti aku sementara... ahli-ahli kumpulan aku ialah:


Ridhwan - Merekacipta The Transformer
Ariff - Menjelaskan The Transformer kepada audien
Izzat - Pakar ICT


diorang datang ke lokasi pertandingan dan siapkan 'booth' kitorang... atas sebab-sebab tertentu, aku masih lagi belum dapat datang ke lokasi pertandingan... syukur, diorang ada untuk jaga 'booth' tu... hari pertama pertandingan, 31 Oktober 2011, ramai orang kunjung ke 'booth' tu... bertanya-tanya tentang inovasi yang kitorang pamerkan...


hari kedua pertandingan, 1 November 2011, barulah aku selamat sampai ke lokasi pertandingan... aku sempat saksikan sendiri camne diorang 'present' kat pengunjung 'booth'... aku lega, aku kagum, aku syukur... pilihan aku tak salah... diorang memang dah buat yang terbaik... aku suka... semua orang puji...

aku tak sangka, ada ramai pensyarah dari IPG lain sangat suka dengan inovasi kitorang... ada yang pangkat Dr pun, dah jadi kawan kitorang... dia kata, alat kitorang sangat-sangat inovasi... tak kurang, ramai jugak cikgu-cikgu yang sangat tertarik dan kagum dengan inovasi kitorang... aku fikir, kumpulan aku memang dah berjaya buat yang sangat terbaik masa aku takde...


masa penilaian, kitorang sangat debar... bertanding dengan macam-macam jenis inovasi... ada yang besar... ada yang sangat 'portable'... ada yang sangat 'techno'... tapi, dengan 'feedback' dan respon dari semua orang yang berkunjung ke 'booth' kitorang, semuanya positif...

hari terakhir, 2 November 2011, hari pengumuman keputusan pertandingan... dia umum pemegang sijil penyertaan dulu... lepas satu, satu inovasi dia umum... takde pun inovasi kitorang... alhamdulillah, kitorang lega... 'confirm' dapat pingat...

sekarang, dia umum pemegang anugerah gangsa... dari satu inovasi, ke satu inovasi... takde jugak inovasi kitorang... alhamdulillah, hati ni sangat-sangat la seronok... tak sangka, anugerah perak tu pun dah dikira hebat...

sekarang, dia umum pemegang anugerah perak... kitorang tunggu dia sebut inovasi kitorang... eh, dah habis umum... takde pun inovasi kitorang... alhamdulillah, tak terkata la betapa terujanya aku... masa tu, aku salam semua ahli kumpulan aku... aku ucapkan terima kasih... atas semua usaha korang...


kitorang tunggu... dan tunggu... tunggu lagi, bila nak sampai inovasi kitorang... akhirnya, inovasi kitorang diumumkan sebagai penerima Anugerah Emas Pertandingan Inovasi Kategori IPG... aku naik ke pentas... Dr Haili, Rektor IPGM sampaikan hadiah kat aku... pergh, tak terkata beb...


kemenangan ni, aku tujukan buat :

ahli kumpulan aku,
Ridhwan, Ariff, Izzat...

kawan-kawan sekelas aku,
Ziha, Ila, Paa, Apih, Ubai, Hajar, Kmie, Ida, Yati, Gee, Sya, Mei, Lina, Afiq, Halim, Zammil...

pensyarah-pensyarah Jabatan Matematik IPG KSM,
En Hazram, pensyarah pembimbing kajian tindakan merangkap inovasi aku...

keluarga aku,
Mummy, Ayah, Ziera, Kak Ina, Adik, Aboy...

peminat-peminat The Transformer,
Dylla, Ridzuan, Redha

semua kawan-kawan aku...

dan kekasih aku, terima kasih sebab sentiasa menyokong...


p/s : aku tak bercadang berhenti kat sini,
aku nak pergi lebih jauh dalam bidang ni...

09 November 2011

tepuk tangan

Seminar Penyelidikan Tindakan
IPG Zon Timur 2011
10-12 Oktober 2011
IPG Kampus Kota Bharu

haha, cerita ni dah lama... tapi, aku nak kongsi jugak kat sini... baru ada masa nak menapak ke sini... alhamdulillah, aku terpilih untuk mewakili IPG aku ke seminar ni... selain aku, ada lagi 9 orang wakil IPG Kampus Sultan Mizan ke seminar yang berlangsung kat IPG Kota Bharu ni...

kitorang kena bentang kajian tindakan... takde markah pun... cuma bentang kat kawan-kawan dari IPG-IPG Zon Timur... lepas tu, ikot penonton la nak tanya ke tak... pelajar IPG lain boleh tanya soalan... pensyarah IPG lain pun boleh tanya soalan...

pembentangan kajian tindakan dibuat selari... ada 6 dewan pembentangan... aku kena kat Dewan Wawasan... dewan besar tu... bukan dewan kuliah... siapa nak datang tengok, datang je... nak blah pun, blah je... pintu keliling dewan... memang orang keluar masuk ikot suka la... gerun tak gerun kan? kena bentang kat depan tu...

sepatutnya, pensyarah pembimbing kena ada sekali masa bentang tu... sebagai sokongan la... tapi, sayangnya pensyarah aku ada kursus pulak... aku sorang-sorang je kat situ... pembentang lain semua ada pensyarah masing-masing... haha, sedih...

giliran aku petang... pukul 4:30 petang... giliran ke 5 dari 6 orang pembentang... bila sampai masa untuk aku membentang, aku pun ke depan... setting power point... dah la laptop pun pinjam pembentang ke 4 punya... pengurusan tak sediakan laptop pun... hadui...

aku pun mula membentang... dari slide pertama... ke slide seterusnya... aku tengok, semua orang mendengar dengan penuh khusyuk [diam]... sampai part animasi, yang aku buat untuk menggambarkan penggunaan inovasi aku [The Transformer]... tiba-tiba je,

*clap clap clap clap clap....

aku dengar ada orang tepuk tangan... tak pasti berapa ramai, tapi aku tak kisah jumlah pun... cuma, aku terharu ada orang betul-betul menghargai pembentangan aku... mata aku duk melilau cari siapalah yang tepuk tangan... tapi, pembentangan diteruskan sampai habis...

bila dah habis, bunyi lagi tepuk tangan... lagi gemuruh dari tadi... aku senyum-senyum je lah... haha, hati pun suka... sekarang, masa untuk sesi soal jawab... ada pelajar IPG mana ntah aku tak ingat, tanya soalan... aku jawab... setel... ada lagi sorang pelajar tanya jugak soalan... aku jawab... setel lagi... pastu, ada pensyarah tanya soalan... aku pun jawab... setel... tapi, dia tanya balik soalan... aku jawab lagi... eh, belum setel rupenye... dia sorang je, tanya aku dah dekat 5 kali... aku jawab je... tiba-tiba,

*clap clap clap clap clap...

haha, ada yang tepuk tangan lak... mungkin diorang setuju dengan jawapan aku untuk pensyarah tadi... dah habis, aku pun duduk... datang la pensyarah tadi, dia bagi aku pesanan... tu je la... terima kasih, encik.. haha

lepas tu, datang pulak 2 orang pelajar perempuan... diorang kata, diorang sangat teruja dengan The Transformer... wah, berbunga hati aku... tak sangka, dapat sambutan camni sekali... bukan ape, aku baru je pas tawar hati sebab kalah pertandingan hari tu... so, sambutan dari kawan baru ni sangat-sangat buat aku happy...

selain dari diorang berdua, aku dapat lagi kawan baru... walaupun seminar ni sangat-sangat teruk pengurusannya, aku seronok sebab dapat ramai kawan baru... seronok betul bila usaha dihargai... ini lah kawan-kawan baru yang aku dapat dari seminar ni...
dari kiri: Dylla, Ridzuan, Redha

it's so great to meeting you guys... it feels amazing that we could change ideas... i like that feeling... thank you, guys... i'm looking forward to collaborate with you guys next time...

p/s : duduk dengan orang hebat-hebat,
aku pun nak jadi hebat jugak lah !! haha

24 October 2011

sedih gila

Ekspo Inovasi Pendidikan
5 Oktober 2011
Dewan Bendahara IPG Kampus Sultan Mizan

aku masuk pertandingan kat atas ni... memang dah lama aku rancang nak masuk... aku dah plan baik punya sejak tahun lepas lagi... aku reka sendiri... aku buat sendiri... aku uji... aku buat kajian...

finally, aku dapat berita gembira... dapat gak aku masuk pertandingan ni... tahun lepas aku pernah gak masuk... tapi, tu projek senior... aku cuma tolong dia je... so, tahun ni aku nak tandingkan idea aku sendiri...

oleh sebab agak sibuk, aku ajak Ridhwan masuk team aku... berdua jela kitorang... buat punya buat... 4 Oktober 2011, siap jugak semua yang diperlukan... malam tu, kitorang siap-siap booth kat dewan...


malam tu jugak la, aku dapat taw yang aku tanding dalam kategori teknologi... sedangkan aku dah daftar dalam kategori pengajaran dan pembelajaran... rupa-rupanya bukan aku sorang je yang tersilap kategori... ada jugak kawan-kawan aku yang tersilap kategori...

tapi, aku taknak fikir banyak... anggap je pensyarah-pensyarah tu lebih hebat dan lebih tahu tentang apa yang dia buat... ada jugak peserta lain yang dah komplen pasal hal ni... tapi, tak jadi pape pun... siap salahkan pensyarah lain pulak... punya la tak selaras dalam pengurusan... kitorang peserta yang jadi mangsa...
so, aku pun buat la elok-elok masa bertanding... alat aku yang langsung takde sebarang teknologi lampu-lampu nyala-nyala bagai bertanding dengan alat yang canggih gila teknologinya...

keputusannya, aku kalah... kalau ikot kata pensyarah, markah aku dengan no 3 cuma beza 0.5 markah je... apa boleh buat... aku sedih... nak marah, nak marah sape? makan hati la aku... down beb... aku dah malas nak buat pape... biar la kalah pun kalah la... kitorang kalah bermaruah... takpe, dapat gak sijil... aku tekad, tahun depan aku nak masuk gak... cari la ceruk mana pun pertandingan inovasi, walaupun dah jadi cikgu, aku akan bertanding sebagai cikgu...

p/s : sedih gile, 100% idea sendiri tewas,
idea yang dah menang tahun lepas, menang lagi tahun ni! 

22 October 2011

viva je

Seminar Penyelidikan Tindakan
PISMP (Jan/08/MT)
20-21 September 2011
Dewan Syarahan Ibnu Khaldun
IPG Kampus Sultan Mizan

kitorang ada buat kajian tindakan... so, bila dah siap sume elemen kajian tindakan dari tinjauan literatur sampai ke dapatan kajian, kitorang kena bentangkan kajian kitorang tu untuk dinilai kelemahan dan kekuatan...

pada tarikh yang tertera di atas, kitorang anjurkan seminar penyelidikan tindakan tu... kitorang jemput semua warga IPG Kampus Sultan Mizan untuk hadir ke Dewan Ibnu Khaldun bagi mendengar dan belajar untuk menghasilkan kajian tindakan yang lebih baik...

penilai-penilai pembentangan kitorang terdiri daripada pensyarah-pensyarah dari Jabatan Matematik... kitorang tak tahu siapa pensyarah yang terpilih untuk jadi penilai, hari pembentangan baru tahu...

tentatif programnye macam ni...

20 September 2011

sidang 1 - Mei, Ubai, Izzat, Hajar, Hafizi
penilai - En Hazram, En Wan Azmi
REHAT
sidang 2 - Hafiz, Ariff, Ziha, Ida, Aisya
penilai - En Hazram, En Razak

21 September 2011

sidang 3 - Halim, Ila, Yati, Afiq, Paa
penilai - En Hazram, En Nik Mahadi
REHAT
sidang 4 - Long, Aimie, Gee, Zammil, Lina
penilai - En Hazram, Dr Fan Siong Peng

alhamdulillah, seminar kitorang berjalan dengan sangat lancar... semua orang lega bila dah habis bentang kajian tindakan... kena tanya macam-macam soalan... itu salah, ini salah... lumrah hidup, kita manusia biasa tak lari dari buat silap... dalam al-Quran pun ada kata, berpesan-pesanlah kepada kebenaran dan berpesan-pesanlah kepada kesabaran...

so, bila orang dah bagitau kita apa salah kita, kita baikilah... supaya lebih baik dan lebih sempurna... insyaAllah, semua teguran dan nasihat yang kitorang terima sepanjang seminar tu akan membantu kitorang hasilkan kajian tindakan yang lebih bermutu...

setelah sekian lama meng'upload' video ni kat internet, sekarang baru boleh letak dalam blog... hehe, video ni aku amik guna kamera DSLR Nikon D3100 junior depan bilik aku... maklum la, takde kamera sendiri... minat tu memang minat, tunggu la dah stabil kewangan baru beli... enjoy it !!


p/s : aku minat Photography & Videography,
tapi aku belum ada Kamera... *sigh*

12 September 2011

Konvoi Raya Pantai Timur

selepas macam-macam dugaan, macam-macam halangan, satu projek kelas yang hampir-hampir tak jadi, akhirnya dapat jugak dijayakan dengan cukup happening... konvoi ni dah planned sejak masa puasa lagi... tapi, makin dekat dengan tarikh yang dirancang, macam-macam hal pulak jadi... nyaris-nyaris je tak jadi...

Rabu, 7 Sept 2011
mujur la, malam khamis tu, roommate aku dapat call dari 'chik' [panggilan ibunya]...
"guane? jadi dop nok mari umah?", tanya chik
"tahu lah... dop jadi kot...", jawab apih
"ehem... pandai-pandai je ye?", aku kata
"eh, tak tahu lagi jadi ke dop... oyak mula lah...", sambung apih

masa tu jugak la, aku dapat idea gila... terus aku bincang dengan kawan-kawan... alhamdulillah, majoriti setuju... dah tengah malam ni, terus aku call Ila suruh pesan kat budak-budak perempuan...

Khamis, 8 Sept 2011
lepas habis kelas, pukul 2:30 petang, kitorang gerak dari IPG dengan 4 kereta... sayangnya, Ziha tak dapat join sebab puasa... mesej malam tadi lambat sampai... Sya pulak ada komitmen kat rumah... Gee pun tak dapat join... Lina pulak terpaksa balik ke kampung, atok dia sakit...

mula-mula, rumah Izzat... lokasi, Melor, Kota Bharu, Kelantan... jumpa adik perempuan Izzat yang bongsu... makin comel dah dia... dulu mula-mula jumpa, gigi rongak lagi... sekarang dah cantik dah... mak Izzat kata, "dah lama dah tak datang sini kan?"... wah, terima kasih makcik sebab ingat lagi kat saya... mak Izzat masak mee kari... pergh, sedap sampai aku tambah lagi 2 pinggan... 

seterusnya, ke rumah Ridhwan... lokasi, Taman Adabi, Kasa, Pasir Mas, Kelantan... dulu, aku selalu jugak ke rumah Ridhwan ni... senang nak ke stesen bas... rumah dia sekarang ni dah makin cantik... dah tambah macam-macam... hampir-hampir jadi istana ni... terima kasih buat Ma dia, sebab sanggup masak untuk kami... balik je dari sekolah, terus masak... kat sini, kitorang makan nasi putih lauk daging masak kurma yang sangat lembut dan sedap serta ayam masak pedas yang umph...

kemudian, kitorang ke rumah Ghafar... lokasi, Kg Tok Uban, Pasir Mas, Kelantan... dulu masa first time aku datang rumah dia, masa kenduri kakak dia kahwin... masa tu, kitorang pergi satu kelas... kiranya, ni kali kedua la aku datang rumah Ghafar ni... mak dia masakkan bihun goreng... perut-perut stokin masih boleh sumbat... haha

lepas tu, kitorang pun balik ke IPG... sebahagian lagi sempat shopping kat KB Mall dulu sebelum balik ke IPG...

Jumaat, 9 Sept 2011
pagi-pagi lagi, kitorang gerak ke rumah Ubai... lokasi, Binjai Rendah, Marang, Terengganu... saja nak try highway baru... kitorang sampai rumah Ubai awal... dulu, first time aku datang rumah dia, laman depannya kosong je... sekarang dah ada 4 unit rumah banglo depan rumah dia... rumah dia pun sekarang dah makin cantik... tapi, cerita menariknya, kebetulan ada sepupu kembar Ubai yang cantik pulak kat rumah Ubai... haha, si adik lelaki bongsu Ubai pulak lagi pandai... pilih Yati nak jadi kakak ipar... hihi, mak ubai masak nasi lemak ayam goreng berempah... pergh, pagi-pagi pekena nasi lemak memang terbaik... sambal nasi lemak dia tiptop la...

seterusnya, ke rumah Apih... lokasi, Bandar Bukit Besi, Dungun, Terengganu... kat sini, kitorang pergi mandi kat Tasik Puteri... memang syok habis la dapat mandi kat sungai dia tu... air sungai tu datang dari tasik... siap ada air terjun lagi taw... dah puas mandi, dah selesai solat Jumaat, kitorang makan... chik (mak Apih) masak nasi minyak... ni kalau dapat nasi minyak macam ni masa kenduri kahwin, memang best la...

lepas tu, menuju ke rumah Halim... lokasi, Dungun, Terengganu... memang dekat bandar Dungun tu lah rumah dia... ni lah first time aku datang rumah Halim... ada anak sedara rupanya Halim ni... dia panggil Halim 'uncle'... dia panggil kereta 'car'... memang bijak la budak ni... menurun dari uncle dia ke? urmmmm~~ haha.. mak dia masak nasi Dungun... katanya lah... ada lauk ayam goreng berempah... dapat la Ida ni tebus balik kempunan tak dapat ayam goreng berempah kat umah Ubai tadi...

sebelum ke rumah Mei, kitorang singgah berhibur-libur kat Giant Kuala Terengganu... main arcade game... Ridhwan ajak aku main game Manx TT Superbike... tapi dia yang kalah... haha, dah puas main game, layan karaoke pulak... aku ngan Ridhwan balun je macam-macam lagu... yang confirm, semuanya lagu tinggi-tinggi... pitch lari ke laut... lagu sedap jadi bertambah lazat... haha

bila dah sampai rumah Mei... lokasi, Batu Rakit, Kuala Terengganu, Terengganu... semua dah penat... habis tenaga kat Giant tadi... perut dah penuh... mujurlah mak dia masak bihun goreng... ringan rasanya... perut stokin boleh sumbat lagi... haha, eh sama pulak kan menu kat umah laki bini ni? ada kimia la tu... hihi

lastly, kitorang balik ke IPG... memang drive slow-slow je... takde tenaga dah... sampai kat IPG, terus tido... zzzzzzzzzzzzzzz

p/s: seronok rasanya, apa dirancang,
dapat dibuat...

04 September 2011

kena puji

masa aku sekolah menengah dulu, aku agak famous... haha, bajet je... perasan tul... masa tu, form 2 rasanya... lepas habis kelas, aku dipanggil oleh 2 orang perempuan... haa, cuak kan? ntah nak buat ape kat aku yang suci ni... haha, dah terpesong dah cite ni...

sebenarnya, 2 orang kawan perempuan aku tadi tu nak mintak aku jadi bestfriend diorang... wah, ni lah kali pertama aku ada bestfriend secara official... sejak hari tu, kitorang jadi bestfriend... study sama-sama... sampai la habis sekolah... lepas SPM, masing-masing bawak diri... title bestfriend tu aku tak pernah lupuskan... sentiasa dalam hati aku, korang bestfriend aku yang paling official...

ceritanya, dorang berdua dah kahwin pun sekarang ni... alhamdulillah, yang sorang dah dapat anak... yang sorang pun makin bahagia dengan suami tercinta... baru-baru ni, aku dengan kawan-kawan ada buat majlis berbuka puasa... kat situ, aku berjumpa lagi dengan salah sorang bestfriend yang aku cakap tadi... sebelum ni, last aku jumpa dia, masa dia kahwin... hihi, aku bawak si kekasih ke majlis perkahwinan tu... tak tahu la bestfriend aku ni ingat lagi ke tak...

kat majlis berbuka puasa tu, aku borak-borak dengan suami dia... aku kenal suami dia ni sejak sekolah menengah lagi... masa tu aku form 1, dia form 5 rasanya... borak punya borak,
tiba-tiba dia puji aku, "weh, cantik gambar ko"...
aku pun terkesima la, "gambar mane?"
"gambar ko dengan awek ko la"
"owh... ada banyak... gambar yang mana satu?"
"semua... pandai ko ambik gambar... ko main DSLR ke?"
"haha... pakai handset je tu... takde duit la nak beli... tapi minat la"
"ko patut angkat sebiji la DSLR tu... talent ada"
"insyaAllah... lepas kerja nanti"

tudia... terkejut aku... tak sangka aku, diorang suami isteri ambik tahu jugak pasal gambar aku dengan si kekasih yang comel... haha, puji sikit kat kekasih... kang merajuk lak... ingatkan takde orang yang kisah sangat kat gambar-gambar kami yang ala-ala sweet tu... kite sweet kan, kekasih?

mesti korang tertanya, siapa dia yang aku duk cerita dari tadi kan? haa, ni dia Chuya dan suami, Abang Cho...

korang pun tertanya gak kan, "cantik sangat ke gambar nya tu?" haa... ni korang tengok sendiri... nilai sendiri... tak cantik, senyap... cantik, thumbs up...


eh, cukup la tu... gi tengok sendiri kat facebook la... bubuh dah kat sana... buat Chuya dan Abang Cho, terima kasih sebab memuji... haha, jemput le datang ke majlis kami ye... bila? tu nanti la kami bagitau... haha

p/s: tengok gambar kekasih, jadi rindu =(
tapi, suka tengok gambar kekasih, comel =)

25 August 2011

cerita bas 1

jauh perjalanan, luas pemandangan...

sebenarnya travel naik bas ni seronok... dapat tengok macam-macam jenis orang... 40 orang dalam bas tu, kita tak kenal pun... ada yang gaya emo... ada yang skema... ada yang tudung labuh... ada yang freehair... ada yang 'sememeh'... ada yang stylo...

ni aku baru je sampai rumah... balik dari KB naik bas malam tadi... ceritanya, malam tadi aku jumpe minah yang sangat lah ntah hape hape ntah... nasib la dia bukan sama bas dengan aku... aku tak tahu la dia sape... tak nak pun tahu...

hah, pasal dia ni... dia turun dari bas, mata nak taknak je bukak... tahu la kau mengantuk... dah balun nyenyak dalam bas tadi... ni nak turun bas, agak-agak la kakak... gosok la dulu mata tu... kasi hilang itu tahi mata lorh... ni tak, tahi mata ber'selepat'... berjalan tak nampak jalan... terhuyung hayang macam baru lepas bantai todi... burok perangai...

hah, elok la jalan macam gile... cari tandas... nak gi basuh muka... elok dia lintas aku, eh? ape tu? spender!!! seluar tu macam nak londeh selagi boleh lak kan? spender pulak tu jenis macam boxer... kalau spender jenis lingerie yang ladies tu takpe la jugak... *mode gatai* ish, burok perangai...

ok, dia dah gi masuk tandas... keluar dari tandas, muka dah segar... tapi rambut tu serabai ya Rabbi... dah la rambut jarang gile... kusut pulak... digaru-garu bak kutu berantakan la pulak... hadoi, burok perangai...

oleh sebab bas tu berhenti dalam sejam, so dia lepak dulu kat luar bas... maklum la, bas tu kan sejuk gile macam dalam freezer... dia lepak kat luar tu, dia bukak sweater... lerr, kau pakai sleeveless? tangan macam laki... geleber pulak... kalau menarik, takpe jugak... *mode gatai lagi* haduila, burok perangai...

bulan-bulan pose camni, banyak lak aku cakap burok pasal orang, haha... my point is, behave yourself... tak kira di mana... tak kira dengan siapa... tak kira bila... jagalah penampilan... biar tak cantik, tak hensem... asalkan kemas... sedap mata memandang...

p/s: seronok tengok perempuan yg memakai shawl,
mesti teringat pada si kekasih...

22 August 2011

outing kelas

16 Ogos 2011, kelas PISMP Matematik Sem 8 keluar ke Kota Bharu... pukul 2 petang, kitorang gerak ke KB dengan kereta-kereta milik kelas... driver-driver terlatih kelas memandu dengan penuh 'berhemah'... memandangkan kitorang dah booking bowling pukul 3:30 petang...
video
driver maniac, Long...

sampai di KB Mall, kitorang main bowling... 10 lane kitorang conquer... kitorang main ikot team... kitorang main 2 frame... pergh, dia punya penat... Allah je tahu...














dah puas main bowling, agenda bebas pulak... gi solat, gi shopping, gi cuci mata, gi merendek, gi meronggeng, ikot la nak gi mana pun...












pukul 6:15 petang, kitorang gerak ke Restoren D'Mina, Pengkalan Chepa... dah tak sabar nak buka puasa... perut semua orang dah menyanyi-nyanyi...






perut dah kenyang, kitorang gi solat kat Masjid As-Salam... lepas terawih, kitorang gi Wakaf Che Yeh pulak... dah puas jalan-jalan, lepak kat McD pulak... sekelas layan Great Chicken Burger... pukul 1:00 pagi, kitorang balik ke IPG... tapi ada jugak yang sempat menyelap...





p/s : esok paginya, semua bangun pukul 12 tengah hari...