30 November 2010

panda

petang selasa tu sangat suram, hati pula jadi kelam, muka pun muram...aku dah bosan sangat-sangat...buat apa pun rasa tak best...nak turun main, rasa malas...nak berjalan pergi bilik tv, rasa penat pulak...perut dah lapar...nak turun kafe, takde member la pulak...nak layan movie, dah abes semua stok aku balun semalam...haih, bosannya lah...

laptop sedia online tak pernah tutup...(tipu!!)...layan lah facebook jap...aik, ape ni?? panda?? tengok jap................

hahahahahahahahahahahaha.....
ambik kau, bergolek-golek aku tergelak...
petang aku kembali ceria...
aku gelak sampai menangis...hahahaha
serius aku puji kreatif la orang yang buat ni...
korang nak tengok?? nah, tengok la...

video

amacam? kalau produk ni ada kat malaysia, jaga-jaga la korang...hahaha

p/s : panda tu sangat comel,
walaupun gila ganas...haha

24 November 2010

sekolahku

kata orang, "kalau tak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya..."
kata aku, "kalau tak belajar dari pengalaman dulu, manakan dapat pengalaman baru..."

Alhamdulillah, aku sangat bersyukur sebab aku berada dalam kedudukan yang selesa sekarang ni...apa yang aku impikan dari zaman sekolah dulu, hampir menjadi kenyataan tak lama lagi...aku bakal bergelar guru matematik...

apa yang aku nak ceritakan kat sini, aku banyak pindah sekolah...sampai aku rasa aku sangat ramai kawan...kadang-kadang, aku dah tak ingat yang dia tu kawan aku dulu...kalau orang tanya, "ko dulu sekolah mana?", kompem aku akan fikir dulu, camne nak jawap...pasal banyak sangat sekolah aku...tu pun, nasib baik ada sekolah yang aku tak jadi pergi...

ni lah nama-nama sekolah yang aku pernah masuk dulu...

1994 - SK Sungai Tiang Darat, Bagan Datoh (Darjah 1)
1994 - SK Sungai Pergam, Bagan Datoh (Darjah 1-2)
1995 - SK Kampong Bahagia, Teluk Intan (Darjah 2-5)
2000 - SK Permatang Pelanduk, Labu Kubong (Darjah 6)
2000 - SK Permatang, Sungai Manik (Darjah 6)
2001 - SMK Seri Perak, Teluk Intan (Tingkatan 1)
2001 - SMK Sultan Abdullah, Chenderong Balai (Tingkatan 1-5)
*2004 - SBPI Gopeng, Ipoh (Tingkatan 4) *tolak tawaran
2006 - SMK Seri Perak, Teluk Intan (Tingkatan 6)

haha...korang lak camne? walaupun aku banyak pindah sekolah, aku masih lagi berhubung dengan kawan-kawan aku...cuma, tak semua la...eheh

ni gambar zaman aku sekolah rendah...cube lah korang cari mane satu aku...hahaha
*hint = paling kiyut

ni gambar aku kat SMK Sultan Abdullah...nak cube lagi? cube la cari mane aku...haha
*hint = paling cool

p/s : SMK Sultan Abdullah is the best ever,
kat situlah kenangan-kenangan manis pahit aku tercipta,
kawan-kawan dari situlah yang paling best dalam hidup...membership!!

21 November 2010

contest BAJU SAMA by ika puk puk


sebenarnya dah lama dah jumpe contest ni...tapi aku agak sibuk...ni baru aku ada masa lapang...ni kali pertama aku masuk contest dalam blog...tak kisah la kalau kalah pun...haha

contest baju sama ni dikelolakan oleh ika puk puk...jangan korang tanya aku, nape puk puk...kang aku puk korang...kalau korang nak join, tekan je banner kat atas ni...ika ni sebenarnya nak tengok gambar yang berbaju sama...kalau menarik, menang la kot...haa, ni la gambar yang aku pertandingkan...

dari kiri :
aku, atip, aleb

baju :
kitorang pergi rantau panjang, nak cari jersi untuk basketball...dah selesai semua urusan, kitorang jalan-jalan kat rantau panjang...kitorang tertarik dengan baju ni...sebab dia simple dan ada mesej...banduan disebalik garisan...maksudnya, orang hanya nampak keburukan kita...jadi, jangan cepat melenting...cool...jadi, kitorang beli dan terus pakai kat situ jugak...hahaha

untuk pengetahuan korang semua :
kitorang memang gila-gila...gila pun tak macam kitorang...sebab kegila-gilaan ni lah, kitorang jadi rapat...gambar kat atas ni, kitorang ambil lepas balik dari rantau panjang...berlokasi di tempat letak kereta kat bumbung KB Mall...kerana baju ni jugak, kitorang buat kerja gila...dari Rantau Panjang, ke Kota Bharu...kemudian, ke Kuala Terengganu...terus ke Kuantan pulak...esok pagi nye baru balik maktab...haha

erm...ika puk puk kate, takpe kalau nak letak banyak gambar...nah, tengok la semua gambar kitorang...haha













to ika puk puk :
amacam? boleh diterima kan? hehe...anyway, thanx for conducting the contest...

p/s : untuk mengundi baju ini,
taip BAJU COOL dan hantar ke 33000
setiap sms akan dikenakan cas 5 sen......hehe =)

20 November 2010

perjalanan

"Jauh perjalanan, luas pemandangan"

tarikh :
16 November 2010

trek :
Besut, Terengganu - Teluk Intan, Perak

durasi :
9 jam 30 minit ++
(7:00 pagi - 4:30 petang)

jarak :
442 km ++

kenderaan :
Motosikal Kriss 1


tentatif perjalanan :

7:00 pagi
- IPG Kampus Sultan Mizan
- Jerteh, Terengganu
- Pasir Putih, Kelantan
- Machang, Kelantan
- Tanah Merah, Kelantan
- Bukit Bunga, Kelantan
- Jeli, Kelantan
11:00 pagi
- Sempadan Perak-Kelantan
- Pulau Banding, Perak
- Hentian Puncak Titiwangsa, Gerik, Perak
1:00 petang
- Hentian Perah, Gerik, Perak
- Lawin, Perak
- Lenggong, Perak
- Tasik Raban, Perak
- Kuala Kangsar, Perak
2:00 petang
- Manong, Perak
- Parit, Perak
- Bota Kanan, Perak
- Lambor Kanan, Perak
- Kampong Gajah, Perak
- Chenderong Balai, Perak
- Labu Kubong, Teluk Intan, Perak
- Sungai Manik, Teluk Intan, Perak
4:30 petang
- Tmn Sri Bahagia, Kg Bahagia, Teluk Intan, Perak

pergh, kebas punggung taw...tapi kos tak semahal tiket bas...duit minyak baru RM22++...tiket bas RM46++...kenangan dan pengalaman ni memang sangat berharga...aku dapat tahu selok belok jalan, dapat macam-macam tips untuk long distance, dapat geng rempit, macam-macam lagi lah...haha, berbaloi la aku tunggang moto jauh-jauh...terima kasih buat keluarga tercinta dan kekasih tersayang kerana mendoakan aku selamat sepanjang perjalanan dan selamat sampai...Alhamdulillah, syukur...

p/s : sebenarnya konvoi 8 moto dari maktab,
tapi pecah kat grik menuju negeri masing-masing,
aku sorang-sorang je dari grik sampai rumah.......huhu

18 November 2010

aidiladha 1431

tarikh masihi :
17 November 2010
10 Zulhijjah 1431
perayaan :
Hari Raya Aidiladha, Hari Raya Korban, Hari Raya Korban

ni aku nak cerita pasal semalam...sambutan hari raya aidiladha di taman aku...siapa kata duduk kat taman perumahan, hidup tak berjiran? siapa kata ukhwah duduk di kampung lebih kukuh dari duduk di taman?

untuk pengetahuan semua yang membaca, Taman Sri Bahagia mula dibangunkan sekitar 1992...masa tu, taman ni ada 4 lorong je...pada 1996, taman ni diperbesarkan lagi, tambah lagi 4 lorong...ada 8 lorong dah...jadi, secara tak langsung, taman ni ada fasa 1 (lorong 1-4) dan fasa 2 (lorong 5-8)...

rumah aku kat lorong 7...nak dijadikan cerita, makin lama, ukhwah penduduk taman semakin erat...bukti paling dekat, semalam...lembu disembelih kat lorong 7...lapah daging ramai-ramai depan rumah aku je...

bukan setakat tu je, dorang masak sekali...buat sup, masak nasi, sambal dan macam-macam lagi...macam kenduri...dah siap, dorang makan sama-sama...malam pula, kitorang buat barbeku...bakar daging, bakar ayam, bakar udang...makan dengan nasi goreng...memang open taman lah...haha

tapi sayangnya, aku keluar dengan kawan-kawan semalam...tak sempat nak tunggu dorang siap masak pun petang semalam...wuu, tak sempat nak merasa...kitorang pergi mandi sungai semalam...gara-gara Aman yang nak sangat hang out, memandangkan dia akan balik Unimap untuk final exam...

mula-mula, kitorang pergi lata kinjang...pergh, ramainya orang sampai air pun tak nampak...*menipu*...jadi, kitorang pergi kuala woh pulak...mandi-mandi, terjun tiruk, berenang-renang ketepian...malam lak, lepak teluk intan...karaoke 2 jam...lagu demi lagu disumbangkan dek Mando, Poji, Aman, Iwan, aku, Enal, Farid dan Pajet...

teruk tul anak muda zaman sekarang sambut raya...ish3, *insaf...

p/s : kul 3:30 pagi aku balik rumah,
nasib ada adik yang baik tolong buka pintu,
sayang adik...hehe

16 November 2010

jom cuti

jam 5:00 petang tadi, dengan rasminya telah tamat musim peperiksaan...maka cuti semester bermula...hari ini merupakan hari yang bermakna buat ramai pihak...

buat pelajar-pelajar unit PISMP Ambilan Januari 2007, hari ini merupakan hari terakhir mereka bergelar guru pelatih...mulai 2 Januari 2011, mereka sah menjawat jawatan guru sekolah rendah dengan gred DG41...segala bait kenangan yang dikumpul selama 5 tahun setengah sejak Julai 2005, baik suka mahupun duka...melengkapkan mereka dengan ilmu secukupnya dan menjadi anak sulung kelahiran Institut Pendidikan Guru dalam membekalkan sumber tenaga pendidik di sekolah rendah...

buat pelajar-pelajar seluruh IPG, hari ini merupakan hari terakhir berada di maktab tercinta, haha...hari ini penutup semester kali ini...dan semester baru bakal menjelma...berganjak satu semester ke arah graduasi dalam menamatkan pengajian selama 11 semester...semester depan, aku lah super duper hyper senior dalam maktab...*gelak jahat*

esok aku balik ke kampung halaman tersayang...Teluk Intan, here I come...insyaAllah, esok awal-awal pagi, aku dengan beberapa orang kawan akan bersama-sama menunggang motosikal menuju ke rumah masing-masing...haha

di kesempatan ni, aku nak ucapkan kepada semua,
Selamat Hari Raya Aidiladha
Selamat Bercuti
Selamat Pulang

p/s: Kekasih hati dah selamat sampi di rumahnya,
syukur Alhamdulillah~~~

11 November 2010

ulangkaji

"Aku bangga aku budak lelaki Matematik!!"

wah...starting dah macam havoc la pulak...bila bangga, mesti la sebab ada sesuatu yang hebat...ape yang hebat dengan lelaki unit PISMP (Jan/08/P/KPM) MT??? sekarang kan musim exam...mesti la ada kaitan dengan exam...bila nak exam, mesti orang study kan? haa....ni aku nak cite pasal study la ni...

memang dah jadi tradisi budak lelaki kelas aku, sejak semester 1 foundation lagi...kami akan berkumpul 10 orang cukup korum...berlokasikan bilik salah sorang dari kami...kadang-kadang bilik aku, kadang-kadang bilik ariff, kadang-kadang bilik apih (eh, apih ni roommate aku, bilik aku lah jugak ni), kadang-kadang bilik halim....kami tak kisah pun lokasi...ikut dan je...tahu-tahu, dah cukup 10 orang dalam bilik tu...so, terus study sama-sama...kami discuss syllibus dari topik pertama sampai habis...kalau ada spot, kami bincang jawapan sama-sama...kalau ada soalan past year, kami bincang sama-sama jawapan dia...biasanya discussion kami ni sentiasa diselingkan dengan berbagai lawak jenaka....ini yang membuatkan discussion kami hidup...lepas tu, sambung la balik....sampai habis...pelajaran satu semester dapat dihabiskan dalam satu malam...hahahahahaha

ni aku selitkan beberapa gambar yang aku candid senyap-senyap dengan DSLR SE K770i...

8 November 2010
MTE 3111 - Teaching of Geometry



9 November 2010
MTE 3112 - Assessment Practices in Mathematics


berkat usaha kerjasama ni, kami dapat jawap exam dengan lebih yakin...kami bersyukur sebab antara kami, takde yang kedekut ilmu seperti insan-insan tertentu yang sangka orang lain nak cilok ilmu dia...bak kata sorang kawan aku, time nak exam ni lah kita dapat tengok sape yang selfish...chiozz~~

p/s : aku masih dapat mengekalkan rekod
tak meniru langsung dalam exam,
*clap3 untuk diri sendiri =)

06 November 2010

paper & pen

9 Nov 2010 : MTE 3111
10 Nov 2010 : MTE 3112
15 Nov 2010 : ELE 3104

bila tiba musim exam, macam-macam ragam aku tengok...yang betul-betul study, yang macam exam tu setahun lagi, yang macam satu sem tak pernah study...haih, macam-macam ragam...tapi, akhirnya nanti sama-sama duduk dalam dewan dan jawap exam...

semester ni, aku belajar 3 subjek je...maka, aku cuma ada 3 paper je lah...pun begitu, meskipun dah 6 semester degree + 3 semester foundation aku kat sini, masih lagi tak berubah gaya belajar...*pemalas

bukan aku tak pernah cuba untuk buat nota, tapi tak pernah menjadi...aku lebih selesa belajar dengan cara aku sendiri...masa dalam kelas, faham!! diulangi, bukan hafal, tapi faham!! aku tak kata faham dengan betul...tak salah untuk salah faham...tapi, mesti faham...kalau fahaman tu salah, boleh betulkan...tak susah pun...sebab bila dah faham, nak olah pun senang...

aku pun tak kata, mesti tumpu sepenuh perhatian dalam kelas...tak salah untuk main-main dalam kelas, tapi mesti faham apa yang diajar kat depan...kalau korang rasa korang tak boleh nak faham bila main-main, janganlah main-main...kan senang...tempat duduk pun main peranan...maklum lah, kalau sekeliling meja ko tu suka main-main, macam mane ko nak tumpu perhatian kan? maka, duduklah di sebelah kawan yang tumpu perhatian...erm, tapi kena pastikan jugak, nak ke kawan tu duduk sebelah ko? hahaha....

bila exam makin dekat, study group banyak main peranan...memang dah jadi tradisi budak lelaki kelas matematik ambilan januari 2008...mesti akan berkumpul ramai-ramai dan study dari awal silibus sampai abes...berkat kerjasama 10 otak, silibus satu semester boleh abes dalam satu malam...hahaha
ni pun, exam dah nak dekat...kawan-kawan ada yang study dalam bilik, kekasih pun dah nak siap buat nota untuk dia baca nanti...aku pun nak study lah ni, study ramai-ramai...apa-apa pun, aku ucapkan "Selamat Menjawap Peperiksaan Dengan Tenang Dan Siap" kepada semua warga Institut Pendidikan Guru Malaysia tak kira kampus mana pun...

p/s : aku tak pernah meniru dalam exam,
korang caya tak?? hehe...

02 November 2010

kad matrik

dulu masa sekolah rendah, name tag kita pakai pin...bila takde kerja, kita pun kikis kapur dalam nama tu...pastu bubuh kapur kaler2...haha

bila kat sekolah menengah, name tag kita jahit kat baju...kalau kita kaya, kita ada 16 helai baju sekolah, kita kena beli 16 name tag, pastu kita kena jahit kat semua baju kita...nasib baik kita tak kaya...hehe

bila dah masuk maktab, name tag kita pakai kad matrik...wah, bunyi dia memang siswazah...hujung tahun ni, dah 9 semester kita masuk maktab...dah 4 orang jadi pengarah maktab...maka, kad matrik kita pun dah tukar-tukar...hihi, nak cerita pasal kad matrik je...31 Oktober 2010, dapat kad matrik baru...haha, tinggal setahun lagi nak keluar pun dapat kad matrik baru lagi...

haa...ni la kad matrik yang membuktikan aku adalah pelajar PISMP Matematik di IPG Kampus Sultan Mizan...

kad pertama >
aku suke kad yang ni sebab design dia...sekarang, kekasih hati yang simpan kad ni dalam dompet dia...nanti senang dia nak ngaku, "ni haa boyfriend aku!!"...haha *berangan

kad kedua >
sejak masuk degree, ni la rupa kad aku...4142, santek nombor tu...ada sequence...ascending order...haha

kad ketiga (terkini) >
yeah, mungkin ini adalah kad terakhir yang aku dapat sebelum posting tahun 2012 nanti...tapi, kad ni aku dapat yang potrait je...yang landscape tak dapat lagi...

kad-kad sebelum ni, semuanya didapati dalam bentuk potrait dan landscape...yang potrait, pakai dalam maktab, gantung kat leher, tinggal kat guard bila nak keluar...yang landscape, simpan dalam dompet, guna untuk tonton wayang, masuk waterpark, masuk zoo, masuk themepark dan segala bagai yang boleh, dengan harga istimewa pelajar...hahaha

p/s : pernah mintak kad matrik kekasih hati,
tapi dapat lesen L je...uhuh
~bersyukur~