31 December 2010

tahun 2010 berakhir hari ni...banyak cerita dalam tahun 2010...ada yang seronok...ada yang sedih...aku percaya semua orang ada cerita masing-masing...aku nak kongsi yang seronok je la...

berkayak ke pulau rhu...
dapat motosikal sendiri...
konvoi terengganu-perak...
praktikum fasa 1 dan fasa 2...
dating kali ke 8 dan 9...
reunion sekolah rendah...

hari ni juga merupakan hari lahir suhaila, kawan baik hidayah...SELAMAT HARI JADI ke-22...

banyak lagi tapi aku tak ingat pulak masa ni...haha...tahun 2011 akan bermula esok...aku akan cuba untuk berubah kepada yang lebih baik...nakal sikit je kot...haha

p/s : berusaha untuk membaiki tali yang panjang,
supaya tak terputus...

25 December 2010

sweet 22

di hari yang bertuah ini, saya dengan berbesar hatinya ingin mengucapkan

SELAMAT HARI JADI KE-22
buat
NUR HIDAYAH BINTI MANGSOR a.k.a. SAYANG


doa dan harapan
semoga panjang umur...
semoga sentiasa sihat...
semoga terus ceria...
semoga termakbul impian...
moga terus sayang saya selamanya...biar sampai syurga...

hari ini dalam sejarah
tahun pertama, aku bajet call tepat-tepat jam 12...rupanya ada kawan dia dah call 11:55...hadui, kecewa!!
tahun kedua, memang dah bajet live punya...sekali dia baca mesej kawan dia dulu lak...adehh, tak dapat lagi...kecewa!!
ni tahun ketiga, standby phone kat tangan dari 11:00 lagi...11:50, terus call...yeay, dapat jugak jadi orang pertama wish...yahoo!! then....................kredit habis, sorry sayang...hehe

p/s : sorry kalau entry kalini agak jiwang,
tapi aku sangat happy... =)

24 December 2010

kaca mata hitam

kaca mata hitam adalah satu aksesori bagi kaum adam juga hawa...kaca mata hitam jadi pelengkap dalam gaya...kaca mata hitam ada banyak jenama yang bermutu dan berkualiti...contohnya ray ban, levi's, adidas, dan macam-macam lagi...

kegunaan 1

untuk si lelaki, bila dia pakai kaca mata hitam ni, dia nampak macho lah...nampak smart gitu...handsome...kacak...stylo...dan berbagai lagi pujian yang nak menunjukkan dia tu hebat...

kegunaan 2

untuk si perempuan, sama dengan je...nak nampak stylo...cantik...tapi disamping tu, kan ada sesetengah perempuan ni puteri lilin...tak boleh kena matahari...pakai la kaca mata hitam...silau lah...panas lah...nak sangat dunia ni nampak gelap sikit...ishk3

kegunaan 3

untuk cik abang dan cik adik yang memandu kereta mahupun menunggang motosikal, kaca mata hitam adalah keperluan untuk mengatasi masalah silau dek cahaya lampu kenderaan...

kegunaan 4

untuk insan-insan yang berkeupayaan khas, khususnya di bahagian mata...kaca mata hitam diperlukan untuk mengelakkan orang ramai yang tak prihatin tu duk usha-usha mata pakcik ni tadi...pakcik tu walaupun tak nampak korang usha dia, dia tetap boleh perasan yang korang tengah usha dia...

kegunaan 5

untuk berlakon konon-kononnya dia silau sangat-sangat...tapi ada agenda tersendiri...contohnya, ada pakcik ni pakai kaca mata hitam...sampai ke dalam masjid pun nak pakai...amboi, teruk sangat rabun silau dia...kat dalam masjid, dia boleh la tidur dengan suka hati...konon-konon mata dia tengah tengok imam la tu kan? padahal...duk tersengguk-sengguk tu macam lah orang lain tak paham yang dia tengah tidur...

haha...masa solat jumaat tadi, orang sebelah aku baru je mengaplikasikan kegunaan 5 tu...hahaha...pantas dan efisien sungguh orang membaca blog aku ni ye...

p/s : jangan aplikasikan kegunaan 5 tu,
dengar khutbah tu rukun solat jumaat, wajib!!
tengok muka imam/khatib tu dapat pahala, sunat!!

22 December 2010

As-Syafie

setiap sekolah ada nama-nama kelas tersendiri...tak kira la korang Sekolah Berasrama Penuh, Sekolah Menengah Sains, Maktab Rendah Sains Mara, Sekolah Menengah Kebangsaan atau apa-apa jenis sekolah pun, mesti nama-nama kelas nya tersendiri kan?

sama la dengan sekolah aku, Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Abdullah...nama kelas aku, As-Syafie...kat sekolah aku ni, kelas As-Syafie ialah kelas aliran agama (KAA)...atau lebih dikenali dengan nama kelas Rancangan Khas Agama (RKA)...

apa yang lebihnya kelas ni berbanding kelas lain? untuk menengah rendah, lebih kat subjek Bahasa Arab je...untuk menengah atas lak, lebih kat subjek Bahasa Arab, Syariah Islam, Quran Sunnah, Fizik, Kimia, Biologi, Prinsip Akaun, Ekonomi Asas, Tasawwur Islam...

nak tahu nama-nama kelas lain?
untuk form 1 - form 3

As-Syafie (RKA)
Hanafi
Ibnu Majah
Maliki
Hambali
Bukhari
Tarmizi

untuk form 4 - form 5

As-Syafie (Sains Agama/Akaun Agama)
Ibnu Sina (Sains)
Ibnu Majah (Sains/Akaun)
Al-Khawarizmi (Akaun)
Ibnu Khaldun (Seni)
Ibnu Taimiah (Sains Pertanian)
MPV 1 (Masakan)
MPV 2 (Jahitan)

hehe...best kan nama-nama kelas kitorang? ni antara pic yang aku dapat cari...

2 As-Syafie

3 As-Syafie

4 As-Syafie

p/s : rindu zaman sekolah...banyak sangat sangat kenangan,
manis dan pahit...mematangkan hidup...

10 December 2010

ketentuan

bila kau result tak bagus,
sudah itu ketentuanNya...
bila kau jatuh sakit,
sudah itu ketentuanNya...
bila kau jadi kedana,
sudah itu ketentuanNya...

jika kau result tak bagus,
itu ketentuanNya?
jika kau jatuh sakit,
itu ketentuanNya?
jika kau jadi kedana,
itu ketentuanNya?

yang bila itu,
sudah berlaku tak terulang masanya...
yang jika itu,
hanya kotoran fikiran belum berlaku masanya...

jika kau dapat bezakannya,
akhirnya kau upaya fikir dengan sempurna...
bila kau dapat bezakannya,
kau patut sudah mengubah persepsi kolot itu...

jangan mudah mengatakan itu ketentuanNya,
sedang kau tak faham apa yang kau katakan...
segala yang bersifat buruk itu tidak patut dipertanggungjawabkan padaNya,
sebaliknya kau, aku dan kita...

p/s : fikir sebelum cakap,
be positive...

08 December 2010

accident

siapa pernah kena langgar? kalau pernah, kena langgar dengan ape? macam mane boleh kena langgar? lepas kena langgar tu, korang rasa camne?

kali ni aku nak cerita satu pengalaman aku sendiri...kejadian berlaku pada Oktober 2003...masa tu, seminggu lagi nak PMR...isnin depan aku mula exam PMR, hari ahad ni aku kena langgar...aduss!!

bertempat di bandar Teluk Intan, aku ngan sepupu aku jalan-jalan kat bandar...masa tu kat bangunan lama selepas bangunan SKOMK, ada orang jual baran-barang macam kat kedai RM2...dari stesen bas domestik yang terletak kat depan Billion tu, aku ngan sepupu pun jalan kaki ke arah bangunan yang nak dituju tu...

jalan punya jalan...dah letih-letih...dah panas-panas...baru sampai padang majlis rupenye...fuh, dah nampak dah bangunan tu kat seberang jalan sana...kita lintas jalan, terus sampai kedainya...

pandang kiri, mak aih, banyaknya kereta...nasib baik, traffic light warna merah...semua kereta dari kiri dah berhenti...kitorang jalan ikut celah kereta, pandang kanan...oleh sebab baru je merah lampunya...maka kereta dari kanan masih terlalu jauh...sepupu aku kat depan...dia lintas jalan...dia lepas...

aku pula kat garisan tengah...dah yakin jalan clear...aku melangkah ke depan untuk ikut sepupu aku melintas jalan...baru menapak dua langkah, aku dapat dengar bunyi motosikal dari arah kiri...

vrooooooooommmmmm~~~~~~

bunyi macam laju je...aku pun undur balik ke belakang...tadi aku ke depan dua langkah, maka aku kena ke belakang dua langkah balik la...baru selangkah aku ke belakang, tiba-tiba...

BOOOMMMMMM !!!!!

aku nampak langit, lepas tu nampak pokok, akhirnya nampak jalan...aku bangun...mana pulak selipar kanan aku ni? hah, kat sana rupanya...lepas aku pakai balik selipar tu, orang ramai kerumun aku...aku tak paham, kenapa ni? lepas tu, ada orang tanya, ok tak? baru aku perasan...aku kena langgar tadi!!! benda pertama yang aku buat, soalan matematik...5x6=30...ok, aku tak hilang ingatan...

aku dibawa ke kedai yang aku nak tuju tu...yang aku dapat cam...sepupu aku, tokey kedai, amoi customer kat kedai tu...tokey tu tak bagi orang lain kerumun dah...dia suh aku bukak baju...nak tengok ada luka ke tak lepas kena langgar tadi...dengan segan silu, aku pun bukak baju...dia kata, ada kesan merah je...takde luka berdarah...dia tanya aku, ok tak? aku kate, ok je...tak rasa pape pun...dia pun cerita kat aku, dia kata dia nampak yang langgar aku tu budak cina laki naik motosikal RXZ kuning...lepas dia langgar aku, aku melambung dan berpusing ke bahu jalan...budak cina tu pulak, dah terhuyung-hayang...tapi dapat kawal balik...dia terus blah laju-laju...

amoi tu lak bagi aku air mineral...dia tolong bawak aku pergi klinik...doktor bagi ubat sapu untuk luka kat kaki...amoi tu lah jugak tolong hantar aku ngan sepupu balik rumah opah kat Kuala Sungai Manik...

kat rumah opah, aku ngan sepupu pun cerita la semuanya kat semua yang ada kat dalam rumah tu...dah habis kitorang cerita...dah relaks-relaks...dah duduk-duduk...baru aku perasan...mana spek aku? baru aku teringat...spek aku jatuh lepas kena langgar tadi...mesti spek aku jatuh kat jalan tadi...hadui, terpaksa la pergi balik ke tempat kejadian...tapi kalini dengan ayah aku pulak...naik kereta...hehe

sampai je kat tempat kejadian, aku pun cari-cari spek aku...cari kat sini...cari kat sana...cari kat situ...hah, jumpa pun...tapi, dah penyek...straight je...ni mesti ada kereta langgar...minggu depan nak PMR, petang ni jugak ayah aku bawak pergi buat spek baru...hahaha

minggu depannya, aku jawap exam PMR macam biasa...alhamdulillah, dapat lah result 7A...hehe

kesannya, sampai sekarang aku fobia nak melintas jalan...tambah-tambah pulak, bila dengar bunyi motosikal RXZ masa nak melintas...haha

p/s : bila dating bersama kekasih,
mestilah jadi gentle memimpin si dia melintas jalan,
dalam hati, Tuhan saja yang tahu...huhu