08 April 2011

semua susah

semua orang suka mengeluh...asal buat sikit, susah la...asal suruh sikit, payah la...suruh pergi ke sana, malas...kenapa? susah...suruh baca buku, malas...kenapa? susah nak paham...suruh buat latihan matematik, tak buat...kenapa? susah nak jawap...suruh berfikir pun korang kata susah...

kesimpulannya, manusia akan berhenti bila dia rasa benda tu susah...bila aku jumpa orang yang asyik mengeluh susah macam ni...aku akan tanya dia, apa benda yang senang dalam dunia ni?

>tidur
korang rasa, kenapa wujud doa mudah tidur? sebab nak tidur ni susah...Allah Maha Mengetahui...

>makan
kalau korang ada duit, senang la nak makan...cuba tengok negara lain, senang ke diorang nak makan? tapi ada diorang mengeluh susah? malu la sikit wei...

>kencing
haa...ni aku nak komen panjang sikit...sape kate nak kencing ni senang? bayangkan korang nak kencing sekarang ni...gila tak tahan la...maka, korang akan

  1. cari tempat nak kencing...paling selesa, tandas la...bukan tak boleh kencing tepi jalan, tapi selesa ke bila ada orang datang sebelah tengok korang? susah kan?
  2. dah cari tempat, kena buka seluar...tak pun, buka zip...tiba-tiba masa tu zip buat hal, apa kes? susah kan?
  3. dah sedia nak kencing, kena arahkan air kencing tu ke tempat yang betul...kalau korang target ke tempat yang tak betul, idak ke merecik ke korang jugak? dah susah...
  4. tengah kencing, kena la maintainkan arah air kencing tu...mana boleh biar je...kang entah ke mana dia tala...dah susah...
  5. dah kencing, kena pastikan dia dah habis keluar...kang tengah tarik seluar, tiba-tiba dia keluar lagi sikit...kan dah susah...
  6. dah confirm habis keluar, kena la istinjak...cuba bayangkan pili tu takde paip getah...dah la jauh dari tempat duduk korang...idak ke susah masa tu? see? cari tempat tu penting gila kot...susah kan?
  7. dah istinjak, baru boleh pakai seluar...pastu sambung la apa pun aktiviti korang...
hah...sape kate senang? semua benda kat dunia ni susah sebenarnya...cume terserah kat diri kita sendiri sama ada nak anggap dia senang atau susah...kalau korang boleh 'senang'kan kencing yang susah tu, aku yakin korang pun boleh 'senang'kan masalah-masalah korang yang susah...

everything is easy,
we are the ones who make it difficult

p/s : think positive, be positive
aku selalu pesan itu

No comments: