06 June 2011

suami idaman

sekarang ni, tengah hot cerita "Asmara" dan "Nora Elena" kat TV3...hampir setiap bibir perempuan kat Malaysia ni tiap-tiap hari duk kata, "ouh, romantiknya...kalau lah ada lelaki macam tu untuk aku"...tak pun, update status facebook, "ouh, asmara", "ouh, seth"...

masa ni la semua orang nak pasang impian bernikah dengan lelaki yang sempurna seperti ditayangkang di kaca TV...tak salah nak berimpian macam tu...tapi kena lah sentiasa ingat, tu cuma watak dalam cerita yang direka oleh manusia...rekaan semata-mata...

tapi, tak mustahil untuk korang jumpa lelaki idaman macam tu kat dunia ni...jangan lah sebab korang dikecewakan oleh segelintir lelaki, korang dah anggap semua lelaki sama...takde lagi lelaki baik kat dunia ni...takde harapan terhadap lelaki lagi dah...mula la nak tukar haluan ke arah songsang...hish, merepek!! bertaubatlah!!

ada ramai lagi lelaki kat luar sana...jangan sempitkan fikiran korang...carilah!! tapi jangan la demand sangat...nak cari teman hidup yang baik, korang pun kena la baik jugak...nak lelaki buat sweet dengan korang, korang kena la bagi peluang...lepas tu, jangan la perlekehkan usaha lelaki tu...kena la hargai usaha lelaki tu dengan sepenuhnya...

setiap lelaki ada cara sendiri untuk menyerikan cinta dia dengan perempuan kesayangan dia...kalau betul lekai tu teman hidup yang diciptakan untuk korang, korang akan terasa sangat-sangat terharu walaupun si lelaki tu cuma masakkan telur gorang untuk korang...

pada yang dah ada kekasih hati tu, janganlah anggap kekasih korang tak mampu nak buat sweet macam dalam cerita yang korang tengok...itu hanya akan melukakan hati dia...kadang-kadang, tak perlu seperti dalam cerita untuk jadi sweet...percaya lah...

p/s : aku tak sempurna, tapi aku akan sempurnakanmu...

2 comments:

zaujahafis said...

syukur dengan pasangan kita....lihat diri sebelum nak komplen pasangan...
"saya syukur saya punya suami"
"saya syukur saya punya isteri"
caiyok hafizi

cool said...

ain...huhu, syukur la ni...alhamdulillah, bahagia ke syurga...insyaAllah ye ain...huhu