12 September 2011

Konvoi Raya Pantai Timur

selepas macam-macam dugaan, macam-macam halangan, satu projek kelas yang hampir-hampir tak jadi, akhirnya dapat jugak dijayakan dengan cukup happening... konvoi ni dah planned sejak masa puasa lagi... tapi, makin dekat dengan tarikh yang dirancang, macam-macam hal pulak jadi... nyaris-nyaris je tak jadi...

Rabu, 7 Sept 2011
mujur la, malam khamis tu, roommate aku dapat call dari 'chik' [panggilan ibunya]...
"guane? jadi dop nok mari umah?", tanya chik
"tahu lah... dop jadi kot...", jawab apih
"ehem... pandai-pandai je ye?", aku kata
"eh, tak tahu lagi jadi ke dop... oyak mula lah...", sambung apih

masa tu jugak la, aku dapat idea gila... terus aku bincang dengan kawan-kawan... alhamdulillah, majoriti setuju... dah tengah malam ni, terus aku call Ila suruh pesan kat budak-budak perempuan...

Khamis, 8 Sept 2011
lepas habis kelas, pukul 2:30 petang, kitorang gerak dari IPG dengan 4 kereta... sayangnya, Ziha tak dapat join sebab puasa... mesej malam tadi lambat sampai... Sya pulak ada komitmen kat rumah... Gee pun tak dapat join... Lina pulak terpaksa balik ke kampung, atok dia sakit...

mula-mula, rumah Izzat... lokasi, Melor, Kota Bharu, Kelantan... jumpa adik perempuan Izzat yang bongsu... makin comel dah dia... dulu mula-mula jumpa, gigi rongak lagi... sekarang dah cantik dah... mak Izzat kata, "dah lama dah tak datang sini kan?"... wah, terima kasih makcik sebab ingat lagi kat saya... mak Izzat masak mee kari... pergh, sedap sampai aku tambah lagi 2 pinggan... 

seterusnya, ke rumah Ridhwan... lokasi, Taman Adabi, Kasa, Pasir Mas, Kelantan... dulu, aku selalu jugak ke rumah Ridhwan ni... senang nak ke stesen bas... rumah dia sekarang ni dah makin cantik... dah tambah macam-macam... hampir-hampir jadi istana ni... terima kasih buat Ma dia, sebab sanggup masak untuk kami... balik je dari sekolah, terus masak... kat sini, kitorang makan nasi putih lauk daging masak kurma yang sangat lembut dan sedap serta ayam masak pedas yang umph...

kemudian, kitorang ke rumah Ghafar... lokasi, Kg Tok Uban, Pasir Mas, Kelantan... dulu masa first time aku datang rumah dia, masa kenduri kakak dia kahwin... masa tu, kitorang pergi satu kelas... kiranya, ni kali kedua la aku datang rumah Ghafar ni... mak dia masakkan bihun goreng... perut-perut stokin masih boleh sumbat... haha

lepas tu, kitorang pun balik ke IPG... sebahagian lagi sempat shopping kat KB Mall dulu sebelum balik ke IPG...

Jumaat, 9 Sept 2011
pagi-pagi lagi, kitorang gerak ke rumah Ubai... lokasi, Binjai Rendah, Marang, Terengganu... saja nak try highway baru... kitorang sampai rumah Ubai awal... dulu, first time aku datang rumah dia, laman depannya kosong je... sekarang dah ada 4 unit rumah banglo depan rumah dia... rumah dia pun sekarang dah makin cantik... tapi, cerita menariknya, kebetulan ada sepupu kembar Ubai yang cantik pulak kat rumah Ubai... haha, si adik lelaki bongsu Ubai pulak lagi pandai... pilih Yati nak jadi kakak ipar... hihi, mak ubai masak nasi lemak ayam goreng berempah... pergh, pagi-pagi pekena nasi lemak memang terbaik... sambal nasi lemak dia tiptop la...

seterusnya, ke rumah Apih... lokasi, Bandar Bukit Besi, Dungun, Terengganu... kat sini, kitorang pergi mandi kat Tasik Puteri... memang syok habis la dapat mandi kat sungai dia tu... air sungai tu datang dari tasik... siap ada air terjun lagi taw... dah puas mandi, dah selesai solat Jumaat, kitorang makan... chik (mak Apih) masak nasi minyak... ni kalau dapat nasi minyak macam ni masa kenduri kahwin, memang best la...

lepas tu, menuju ke rumah Halim... lokasi, Dungun, Terengganu... memang dekat bandar Dungun tu lah rumah dia... ni lah first time aku datang rumah Halim... ada anak sedara rupanya Halim ni... dia panggil Halim 'uncle'... dia panggil kereta 'car'... memang bijak la budak ni... menurun dari uncle dia ke? urmmmm~~ haha.. mak dia masak nasi Dungun... katanya lah... ada lauk ayam goreng berempah... dapat la Ida ni tebus balik kempunan tak dapat ayam goreng berempah kat umah Ubai tadi...

sebelum ke rumah Mei, kitorang singgah berhibur-libur kat Giant Kuala Terengganu... main arcade game... Ridhwan ajak aku main game Manx TT Superbike... tapi dia yang kalah... haha, dah puas main game, layan karaoke pulak... aku ngan Ridhwan balun je macam-macam lagu... yang confirm, semuanya lagu tinggi-tinggi... pitch lari ke laut... lagu sedap jadi bertambah lazat... haha

bila dah sampai rumah Mei... lokasi, Batu Rakit, Kuala Terengganu, Terengganu... semua dah penat... habis tenaga kat Giant tadi... perut dah penuh... mujurlah mak dia masak bihun goreng... ringan rasanya... perut stokin boleh sumbat lagi... haha, eh sama pulak kan menu kat umah laki bini ni? ada kimia la tu... hihi

lastly, kitorang balik ke IPG... memang drive slow-slow je... takde tenaga dah... sampai kat IPG, terus tido... zzzzzzzzzzzzzzz

p/s: seronok rasanya, apa dirancang,
dapat dibuat...

04 September 2011

kena puji

masa aku sekolah menengah dulu, aku agak famous... haha, bajet je... perasan tul... masa tu, form 2 rasanya... lepas habis kelas, aku dipanggil oleh 2 orang perempuan... haa, cuak kan? ntah nak buat ape kat aku yang suci ni... haha, dah terpesong dah cite ni...

sebenarnya, 2 orang kawan perempuan aku tadi tu nak mintak aku jadi bestfriend diorang... wah, ni lah kali pertama aku ada bestfriend secara official... sejak hari tu, kitorang jadi bestfriend... study sama-sama... sampai la habis sekolah... lepas SPM, masing-masing bawak diri... title bestfriend tu aku tak pernah lupuskan... sentiasa dalam hati aku, korang bestfriend aku yang paling official...

ceritanya, dorang berdua dah kahwin pun sekarang ni... alhamdulillah, yang sorang dah dapat anak... yang sorang pun makin bahagia dengan suami tercinta... baru-baru ni, aku dengan kawan-kawan ada buat majlis berbuka puasa... kat situ, aku berjumpa lagi dengan salah sorang bestfriend yang aku cakap tadi... sebelum ni, last aku jumpa dia, masa dia kahwin... hihi, aku bawak si kekasih ke majlis perkahwinan tu... tak tahu la bestfriend aku ni ingat lagi ke tak...

kat majlis berbuka puasa tu, aku borak-borak dengan suami dia... aku kenal suami dia ni sejak sekolah menengah lagi... masa tu aku form 1, dia form 5 rasanya... borak punya borak,
tiba-tiba dia puji aku, "weh, cantik gambar ko"...
aku pun terkesima la, "gambar mane?"
"gambar ko dengan awek ko la"
"owh... ada banyak... gambar yang mana satu?"
"semua... pandai ko ambik gambar... ko main DSLR ke?"
"haha... pakai handset je tu... takde duit la nak beli... tapi minat la"
"ko patut angkat sebiji la DSLR tu... talent ada"
"insyaAllah... lepas kerja nanti"

tudia... terkejut aku... tak sangka aku, diorang suami isteri ambik tahu jugak pasal gambar aku dengan si kekasih yang comel... haha, puji sikit kat kekasih... kang merajuk lak... ingatkan takde orang yang kisah sangat kat gambar-gambar kami yang ala-ala sweet tu... kite sweet kan, kekasih?

mesti korang tertanya, siapa dia yang aku duk cerita dari tadi kan? haa, ni dia Chuya dan suami, Abang Cho...

korang pun tertanya gak kan, "cantik sangat ke gambar nya tu?" haa... ni korang tengok sendiri... nilai sendiri... tak cantik, senyap... cantik, thumbs up...


eh, cukup la tu... gi tengok sendiri kat facebook la... bubuh dah kat sana... buat Chuya dan Abang Cho, terima kasih sebab memuji... haha, jemput le datang ke majlis kami ye... bila? tu nanti la kami bagitau... haha

p/s: tengok gambar kekasih, jadi rindu =(
tapi, suka tengok gambar kekasih, comel =)