08 March 2012

my suite

macam yang aku dah janji dalam entry-entry yang lepas, aku akan tunjuk rupa rumah aku... ala, rumah biasa je... amaran, ni rumah bujang cikgu-cikgu lelaki taw... so, semak samun tu tak payah tegur !

ok, kita mula dengan jalan nak ke rumah aku... kalau korang alert dengan entry lepas, korang akan perasan ada tangga macam dalam gambar ni...

korang nampak pokok besar kt kiri gambar ni? pokok tu betul-betul depan kelas aku, Tahun 5... kat sebelah kanan gambar pulak, kelas Tahun 1...

ini la tangga yang aku naik turun setiap hari dari rumah ke sekolah... ada 44 anak tangga semuanya... haha, kadang-kadang letih jugak weh...

kadang-kadang, aku ingat macam dah sampai atas... rupanya baru separuh jalan... tu yang korang nampak tu, rumah GB aku...
bila dah sampai kat atas bukit, aku suka tengok bawah macam ni... comelnya sekolah aku... haha

ok, sambung perjalanan... memang kena lalu sebelah rumah GB ni... kat hujung jalan tu nanti, boleh nampak rumah aku dah...

inilah dia rumah aku... kena turun bukit sikit... rumah ni rumah berkembar... rumah aku yang sebelah kiri...

comel kan tangga ni? jiran aku Cikgu David yang baik hati, tolong buatkan untuk memudahkan perjalanan naik turun bukit...

ini lah rupa depan rumah aku... kusyen-kusyen tu rumah sebelah punya... haha

 ini pulak rupa dari tepi rumah aku... tong air biru kat belakang rumah tu la punca air ke rumah aku... tong besi kat bawah tu pulak, aku buat tempat bakar sampah... supaya anjing-anjing tak kacau sampah-sampah yang aku buang...

 dari pintu depan rumah aku, macam ni la view yang boleh korang nampak... tiap-tiap pagi, kabus tebal sampai aku tak boleh nampak pokok seberang sungai sana... nyaman weh !

jom masuk rumah kitorang... ini lah ruang tamu kitorang yang sungguh kemas pada tahap lelaki... haha, sofa pun ngam-ngam je untuk 3 orang yang duduk rumah ni... tv takde... laptop jela jadi pengganti... kitorang beli projektor, pasang skrin besar... nah, tv flat screen 72 inci... hahaha

oh ya, bilik aku yang sebelah kanan sofa tu... haha

jom ke dapur pulak... sini la tempat kitorang mengezanikan diri (master chef)... dapur elektrik beb... korang ada?

ini la meja makan kitorang... peti sejuk tu Cikgu Fikri yang beli masa dia posting sini tahun lepas... huhu, better choice than television isn't it?
ini la stok makanan dan ubat-ubatan kitorang seisi rumah... tapi masa aku snap gambar ni, dah habis separuh dah... haha, lainkali la masa penuh aku snap lagi gambar, ok?
ini view ruang tamu dari meja makan... bilik Cikgu Fikri yang sebelah kiri sofa... bilik yang hujung tu pulak tak digunakan sebab lantainya bermasalah... Cikgu Idrus kongsi bilik dengan Cikgu Fikri... aku dapat bilik sendiri, yahoo !

p/s : maaf sebab lambat post ye,
sibuk dengan ujian... huhu 

2 comments:

fifie said...

wahh ! details kau citee...
hhahaha !

betul2 mmbawa aku ke tmpt ko, fizi..
hehhee :)

Cool Fizzie said...

fie, hebat pembacaan ko ye? sungguh menghayati... haha...