27 September 2012

jam 8, cikgu!

silibus matematik untuk tahun 5, aku dah habis ajar dah... so, aku buat projek miniatur sekolah untuk budak-budak tahun 5... aku bagi diorang mounting board... aku bagi arahan untuk lukiskan kotak dengan ukuran-ukuran tertentu...

aku cuma pantau je diorang lukis semua yang aku mintak tu... aku pastikan cara diorang mengukur dengan pembaris tu betul... bila diorang dah siap lukis, aku tolong potongkan dengan cutter... lepas tu, aku suruh diorang lukiskan pintu kelas, tingkap kelas...

bila dah habis waktu kelas, aku suruh diorang kemas semuanya... simpan elok-elok kepingan-kepingan yang dah dipotong tadi... sebelum aku keluar, diorang salam macam biasa...

tiba-tiba, Edda kata nanti pukul 8 malam sambung lagi kelas... dia cakap dalam bahasa iban la... cikgu, jam 8 polah agik... anang lupa, cikgu...

pukul 7:30 malam, Rani, Birai dengan Edda panggil aku kat rumah... diorang suruh aku pejam mata... anang medak, cikgu... aku tanya, kineknyak nak bejalai? macam mana nak jalan tutup mata? so, diorang pimpim aku jalan, turun tangga, langkah longkang sampai la ke kelas...

mata masih lagi tutup, diorang sua kerusi suruh aku duduk... tak lama lepas tu, lampu menyala dan

Happy Birthday to you,
Happy Birthday to you,
Happy Birthday to Cikgu Hafizi...
Happy Birthday to you...


tak sangka pulak anak-anak murid aku ni buat surprise party untuk aku... lepas tu aku tanya, eh dah boleh buka mata ke belum ni? hahaha... kitorang pun makan sama-sama...


takdelah mewah sangat... sekadar keropok-keropok je dengan air sirap... that was more than enough to wish happy birthday... lepas tu diorang bagi kad-kad birthday... hehe sweet kan anak-anak murid aku?


antara isi yang paling terharu, saya harap cikgu mengajar kami lagi di sini tahun depan... huhu

p/s: tahun ini tahun terakhir sambut birthday sebagai bujang, hehe

2 comments:

fifie said...

" tahun ini tahun terakhir sambut birthday sebagai bujang"

wowwwwwwww !!!!!

cool said...

haha....wow!!