23 September 2012

teruja beb!

berkawan biar beribu

aku suka berkawan... pergi mana-mana pun, aku akan berkawan... pergi sini dapat kawan baru... pergi sana dapat kawan baru lagi... entry kalini, aku nak kongsi pasal sorang kawan baru aku...

dia sumandak kadazan... kena posting kat Kapit tapi pedalaman P3... walaupun dia tua dari aku 2 tahun, tak nampak beza pun... dia kata, rahsia awet mudanya ialah selalu ceria...


the best part is, dia berminat dengan agama Islam... masa aku tahu tu, cuma Allah je tahu betapa terujanya aku... dia dah biasa dengan cara hidup Islam dari sekolah menengah lagi... so, step by step, insyaAllah suatu hari nanti dia akan jadi saudara baru kita...

buat semua rakan Islam, kita ni mencerminkan nilai agama kita... tak kira dimana, dengan siapa dan bila masanya, kita kena selalu berbuat baik... mudah-mudahan, orang lain akan tertarik dengan keindahan dalam Islam...

buat kawan, aku sokong kau sepenuhnya... kalau kau ada apa-apa nak tanya, aku akan cuba jelaskan sekadar yang aku mampu... aku doakan semoga semuanya berjalan lancar...

p/s: kita sama-sama doakan, ya?

1 comment:

cikpinky said...

hai kawan.eceh :P