sebenarnya cerita agak lama dah...tapi saje nak ceritakan kalini...buka cuti haritu, Duan kawan aku disyaki appendix...so, dia pergi hospital untuk diperiksa...sepatutnya dia yang ambil aku kat stesen bas...maka, terpaksa minta tolong kat Cekeli (unik kan namanya) untuk ambil aku kat stesen bas...
bermula hari itulah, Duan bermastautin kat Hospital Raja Perempuan Zainab, Kota Bharu...doktor sahkan appendix dia dah pecah dan perlukan pembedahan...maka, dia kena lah puasa sebelum kena bedah...puasa punya puasa...tunggu punya tunggu...dekat 4 hari kot, baru lah dia kena bedah...
alhamdulillah, dia selamat dibedah...kami sekelas lega la dengar dia dah selamat dibedah...maka, kami pun sepakat nak pergi melawat dia petang tu...
Ridhwan yang kelihatan kurus setelah buang appendix dan sedut lemak sedang menunjukkan tanda 'bagus' sambil berkata,
"Jat, mu pun patut wak supo aku...baru buleh kuruh"
kami datang membawa sedikit buah tangan...namun Pokjat bertindak kejam untuk makan dihadapan Ridhwan kerana dia masih belum boleh makan apa-apa pun...
Ridhwan berasa kecewa melihat sikap sahabatnya lantas menangis teresak-esak dan tersengguk-sengguk sambil menitiskan air darah di.............*batuk2
setelah dihalau oleh akak jururawat yang cantik gila kerana menyebabkan Ridhwan mengeluarkan darah di situ dengan banyaknya, kami pun berpusu-pusu ke Tesco Kota Bharu untuk makan dan mengabdikan kenangan ini khas buat Ridhwan dengan ucapan,
"mulai hari ini, nama kau Fendi (appendiks)"
p/s : seronok cuti 2 minggu ye?
aku pening nak elak ko repeat paper...
No comments:
Post a Comment