11 November 2011

emas beb !

16 Oktober 2011, aku dapat satu berita dari Dr Fan... dia kata, BPG pilih abstrak aku untuk masuk pertandingan inovasi... masa aku dapat berita tu, aku terkejut... yela, sebab dah la kalah hari tu kan... tup tup, hari ni masuk bertanding lak... macam tak caya aku...

Konvensyen Kebangsaan Pendidikan Guru 2011
Pameran & Pertandingan Inovasi Kategori IPG
A'Famosa Resort, Melaka
30 Oktober 2011 - 2 November 2011

berbekalkan masa lagi seminggu je untuk siapkan semua keperluan, seminggu lagi pulak cuti, maka aku tubuhkan satu kumpulan... lagipun, atas sebab-sebab tertentu, aku perlukan kumpulan untuk ganti aku sementara... ahli-ahli kumpulan aku ialah:


Ridhwan - Merekacipta The Transformer
Ariff - Menjelaskan The Transformer kepada audien
Izzat - Pakar ICT


diorang datang ke lokasi pertandingan dan siapkan 'booth' kitorang... atas sebab-sebab tertentu, aku masih lagi belum dapat datang ke lokasi pertandingan... syukur, diorang ada untuk jaga 'booth' tu... hari pertama pertandingan, 31 Oktober 2011, ramai orang kunjung ke 'booth' tu... bertanya-tanya tentang inovasi yang kitorang pamerkan...


hari kedua pertandingan, 1 November 2011, barulah aku selamat sampai ke lokasi pertandingan... aku sempat saksikan sendiri camne diorang 'present' kat pengunjung 'booth'... aku lega, aku kagum, aku syukur... pilihan aku tak salah... diorang memang dah buat yang terbaik... aku suka... semua orang puji...

aku tak sangka, ada ramai pensyarah dari IPG lain sangat suka dengan inovasi kitorang... ada yang pangkat Dr pun, dah jadi kawan kitorang... dia kata, alat kitorang sangat-sangat inovasi... tak kurang, ramai jugak cikgu-cikgu yang sangat tertarik dan kagum dengan inovasi kitorang... aku fikir, kumpulan aku memang dah berjaya buat yang sangat terbaik masa aku takde...


masa penilaian, kitorang sangat debar... bertanding dengan macam-macam jenis inovasi... ada yang besar... ada yang sangat 'portable'... ada yang sangat 'techno'... tapi, dengan 'feedback' dan respon dari semua orang yang berkunjung ke 'booth' kitorang, semuanya positif...

hari terakhir, 2 November 2011, hari pengumuman keputusan pertandingan... dia umum pemegang sijil penyertaan dulu... lepas satu, satu inovasi dia umum... takde pun inovasi kitorang... alhamdulillah, kitorang lega... 'confirm' dapat pingat...

sekarang, dia umum pemegang anugerah gangsa... dari satu inovasi, ke satu inovasi... takde jugak inovasi kitorang... alhamdulillah, hati ni sangat-sangat la seronok... tak sangka, anugerah perak tu pun dah dikira hebat...

sekarang, dia umum pemegang anugerah perak... kitorang tunggu dia sebut inovasi kitorang... eh, dah habis umum... takde pun inovasi kitorang... alhamdulillah, tak terkata la betapa terujanya aku... masa tu, aku salam semua ahli kumpulan aku... aku ucapkan terima kasih... atas semua usaha korang...


kitorang tunggu... dan tunggu... tunggu lagi, bila nak sampai inovasi kitorang... akhirnya, inovasi kitorang diumumkan sebagai penerima Anugerah Emas Pertandingan Inovasi Kategori IPG... aku naik ke pentas... Dr Haili, Rektor IPGM sampaikan hadiah kat aku... pergh, tak terkata beb...


kemenangan ni, aku tujukan buat :

ahli kumpulan aku,
Ridhwan, Ariff, Izzat...

kawan-kawan sekelas aku,
Ziha, Ila, Paa, Apih, Ubai, Hajar, Kmie, Ida, Yati, Gee, Sya, Mei, Lina, Afiq, Halim, Zammil...

pensyarah-pensyarah Jabatan Matematik IPG KSM,
En Hazram, pensyarah pembimbing kajian tindakan merangkap inovasi aku...

keluarga aku,
Mummy, Ayah, Ziera, Kak Ina, Adik, Aboy...

peminat-peminat The Transformer,
Dylla, Ridzuan, Redha

semua kawan-kawan aku...

dan kekasih aku, terima kasih sebab sentiasa menyokong...


p/s : aku tak bercadang berhenti kat sini,
aku nak pergi lebih jauh dalam bidang ni...

11 comments:

. h i d a y a h . said...

all the best...
semoga boleh jd the best la.. hihi

LiN LiNa said...

gudluck!~
wishing u become the best 1 day..
not only in Malaysia, but in education world..
just remember..
bila melihat bintang2 dilangit, jangan lupekan kaki yang berpijak di bumi.. :)

peace yoo!~

zaujahafis said...

congratz my fwen......teruja gak nak tahu konsep apa inovasi tu...ce ceter ...

cool said...

sayang...tenkiu... =)

lina...insyaAllah, i'll do my best to stay on the ground... =)

ain...hehe, nk taw ek? nanti2 la aku post kt sini ye...tp tggu dh patern la...bahaya lum pattern ni...hehe

cikpinky said...

thniah senior..hihi

cool said...

haha...ingtkn sape la cikpinky...bella rupenye...trimas2... =)

Anonymous said...

salam, bleh terangkan apa ya psl inovasi transfomers tu... utk pelajar atau utk cikgu ?...

* sy seorang guru math..

cikpinky said...

haha..alamak..kantoi! igtkan xknl..ekekke

cool said...

haha...mesti la knl...mane buleh dop knl...haha

izz said...

sku bawu pasan da 1 pic mcm iwan...dari tepi ....

Cool Fizzie said...

haha...ain, pic mane tu?