cerita ni sebenarnya dah lama...dari dulu lagi nak kongsi...tapi ni baru berkesempatan...camni ceritanya...
satu pagi, aku tolong opah aku keluarkan duit kat bank...pagi-pagi kan tak ramai orang...cepat sikit buat kerja...bila dah selesai semua urusan, opah pun belanja sarapan...
dalam banyak-banyak kedai makan kat Teluk Intan, aku bawa opah ke food court kat sebelah stadium...oleh sebab malas nak jalan jauh-jauh, kitorang duduk terus kat kedai yang dekat dengan car park...
datanglah akak mintak order...aku tengok kat board dia, aku pilih kuey tiow goreng...favourite sejak aku belum sunat...hahaha...turn opah order, dia pun tengok kat board dulu...dia pilih ROTI GOYANG...
roti goyang?? apa tu? sejak aku berhenti minum susu, ni baru pertama kali aku dengar makanan bernama roti goyang...aku cuba bayangkan...apa yang goyang? roti bergoyang? akak yang bergoyang? takkan la akak tu hantar roti tu sambil goyang-goyang macam Inul kan? buang tebiat ke ape?
dah penat aku meneka, akak tu datang hantar sarapan kitorang...ini lah dia ROTI GOYANG...
resepi ROTI GOYANG
bahan-bahan:
roti biasa - 2 keping
marjerin
telur ayam - 2 biji
cara-cara:
1) sapukan marjerin di kedua2 muka roti...
2) bakar roti guna toaster...
3) potong roti diagonal...
4) rebus telur separuh masak...
5) susun roti dengan jarak untuk beri ruang kepada telur...
6) pecahkan telur, isi dalam ruang yang disediakan...
7) hidangkan sambil goyang-goyangkan pinggan...
resipi tu aku reka sendiri berdasarkan pemerhatian aku...haha, tak tahu lah korang semua pernah nampak ke tak roti goyang ni kat tempat korang...kalau kebetulan sama atau beza nama, maksudnya aku lah yang tak pernah dengar nama makanan ni...tapi kalau korang yang tak pernah dengar jugak makanan ni, korang boleh datang ke Teluk Intan (sempena tahun mari melawat Teluk Intan)...haha
p/s : kalau akak tu bawak pinggan dengan sungguh statik,
tak mungkin roti tu dapat nama roti goyang...kot!
No comments:
Post a Comment