Januari 2006, aku diajar satu permainan oleh Iwan, Shidi dan Aman...sekejap je belajar, dah paham semua peraturan...tiap kali jumpa dorang, mesti main...aku seronok...bila aku masuk maktab, aku tak sabar nak balik perak...sebab kat maktab, aku tak dapat main...
satu hari, aku cuba untuk cari kawan-kawan yang reti main...aku bawak kad aku...mula-mula dapat lah sorang dua...lepas tu, makin ramai kawan belajar...dah makin ramai reti main...ada dah yang beli kad sendiri...kalau dulu nak main, pinjam kad aku...haha
kat kelas pulak, aku cuba perkenalkan permainan ni...sorang demi sorang belajar...last-last, permainan ni jadi wajib tiap hari...asal ada masa terluang, mesti main...kad nye, mesti lah aku yang supply...
bukan budak laki je yang terpengaruh...ada jugak budak perempuan yang turut terpengaruh untuk belajar dan bermain sekali dengan kitorang...tapi tak semua la...masih ada yang kuat semangat untuk hindarkan diri dari permainan lagha ni...
ramai orang sangka permainan ni tak elok...jangan samakan dengan judi...judi guna duit...dorang taruhkan duit atau apa sahaja termasuk perempuan sebagai habuan kepada pemenang...tapi kitorang tak buat camtu...kitorang tak taruhkan apa-apa pun...main sekadar seronok-seronok...lawan strategi siapa lebih hebat...so, jangan pandang serong bila tengok kitorang main...
sekarang, satu maktab dah reti main...kat bilik tv, ada orang main...bilik Samad, main...bilik Sudin, main...budak sains, main...budak pj, main...hampir semua kelas main...bukan aku pencetus legasi ni kat maktab...tapi aku bangga sebab aku antara orang terawal bawak Permainan Poker ni ke sini...hahaha
p/s : kad yang aku bawak mula-mula dulu dah takde rupa kad,
betapa kerapnya kad tu digunakan saban hari...haha
No comments:
Post a Comment