01 January 2011

pulang

cuti dah habis...nasib baik lah dapat cuti extra sempena Malaysia jadi juara Piala Suzuki AFF baru-baru ni...

TAHNIAH, MALAYSIA !!!

cukup-cukuplah duduk rumah, sekarang kena balik ke maktab tercinta...haha, cinta lah sangat kan? mesti lah cinta, kat situ lah aku nak dapatkan ijazah sarjana muda perguruan aku...

esok aku akan balik ke maktab dari Teluk Intan, Perak ke Besut, Terengganu...dengan menunggang motosikal...sejauh 400km++...doakan aku selamat sampai ke maktab ye...

semester baru akan bermula hari isnin ni...dan semester 7 ni, aku akan jadi Ketua Unit PISMP (Jan/08/P/KPM) Matematik...haha, semoga aku dapat menjalankan tugas tu nanti dengan cemerlang...dengan praktikum fasa 3 kat SK Bukit Renek...dengan projek Kajian dan Tindakan lagi...haha

kekasih pun akan pulang ke maktabnya esok...semoga sayang selamat sampai maktab...suh driver bas tu bawak elok-elok taw...haha

oh ya, hari ni merupakan tarikh sorang kawan aku jadi bini orang...Siti Norziela binti Shamsudin telah selamat diijabkabulkan bersama suaminya, Farid Iswady bin Abdur Rahim...dorang nikah semalam, hari ni sanding...aku dengan kawan-kawan pergi ke majlis persandingan dorang kat Tanjung Karang, Selangor pagi tadi...tahniah, Iela...semoga kau sentiasa bahagia di samping suami...semoga kau cepat-cepat dapat anak ramai-ramai...kalahkan kawan-kawan lain yang dah kahwin...haha

p/s : jom nyanyi lagu memburu impian...hehe

1 comment:

Mr_17 said...

hidUp KU baru..ahahahahha