21 February 2012

lebuhraya pelagus

entry kalini aku nak kongsi gambar-gambar laluan balak/arang ke SK Ulu Pelagus, Kapit, Sarawak... kalau korang dah baca entry yang lepas [bajet ada yang baca], aku ada cerita seluruh perjalanan aku dari Teluk Intan ke SK Ulu Pelagus... tapi, kalini aku nak fokus kat cerita tentang Lebuhraya Pelagus [aku namakan sendiri]... hahaha

Lebuhraya Pelagus bermula dari sini... tempat ni dinamakan Kem Arang Batu... masa gambar ni diambil, uncle driver tengah ambil lajak untuk mendarat... haha

macam ni la keadaannya... so, sementara perahu tu masih mencecah tanah, baik turun cepat2... bukan apa, dengan ombak-ombak rindu yang memang sentiasa tiba-tiba je ada tu, tak pasal-pasal korang turun tu, aik pun sapu... hahaha

berpesan kerana pengalaman, ok? nasib la aku pakai selipar dan short pant... so, tak kisah langsung kalau basah kaki...

ini la rupa Hilux Express yang aku gunakan untuk ke sekolah...  korang nampak palang-palang kayu kat belakang tu? tu namanya Executive Seat, ok? kat situ la aku duduk dan kebanyakan masanya aku bukan dalam keadaan duduk... *bumping

kenapa aku duduk belakang? sebab aku kan gentle... korang ni, macam tak kenal aku lak...isk

rekod paling hebat aku pernah rasa, duk kat belakang tu 6 orang... masa tu baru aku faham erti perkataan, 'terbaekkkk'...

ini wajib, ok? juga pesanan berdasarkan pengalaman... debu habuk lecah, korang namakan je ape benda kotoran di jalanan... tapau habis...

sebelah tu, Cikgu Robert Baja... dia pun pakai mask... lagi canggih punya mask... aku je kuno pakai key... haha

oh ya, sunglass sungguh penting... orang rabun cam aku ni, nak beli sunglass macam tak berbaloi... kang duk mengerut-ngerut mata di sebalik sunglass tu... mana ye nak buat sunglass ada degree rabun?

maka, perjalanan pun bermula... ini la rupa Arang Batu yang telah dikumpulkan sebelum dimasukkan dalam kapal... sikit-sikit lama-lama jadi bukit, kan? so, korang agak la sendiri, yang ini punya bukit dah berapa lama sikit dia ambil...
 
macam ni la view menarik dari Executive Seat yang aku duduk... aircond dia memang sejuk... kat depan tu, korang boleh nampak lori yang angkut arang batu... korang tengok la, ada ruang ke untuk selisih?
 
bila dah nama pun lombong kan, mesti la bersusun lori tu... nak kata sibuk tak sibuk nya Lebuhraya Pelagus ni, sepanjang jalan confirm akan selisih atau follow belakang lori macam ni...

yang uniknya, walaupun sentiasa penuh dengan lori, kat sini tak payah line tengah jalan pun... dorang memang cermat beb... kalau tengah laju tu, tetap akan slow bagi ruang kat orang lain untuk lalu...
 
ini la contoh lori dengan muatan arang batu yang sudah dilombong... oh ya, kat pedalaman ni mana nak dapat mekanik kan? nak kata hebat tak hebat dorang ni... kalau tengah-tengah jalan, tetiba lori buat hal, dorang terus repair kat situ jugak... because time is money...
 
lagi gambar menunjukkan rupa lori yang angkut arang batu... lupa nak mention, semua lori ni lengkap dengan aircond... haa, yang ni betul-betul punya aircond...
 
korang boleh nampak tak ada jalan berliku-liku kat hujung sana? yeah, tak nampak kan jalan nak ke sana? memang heavan jalan dia... pusing punya pusing dengan naik turun tak sudah-sudah... by the way, dari saat aku snap pic ni, memakan masa setengah jam untuk sampai ke jalan yang sana tu...
 
habuk debu-debu cinta berterbangan di udara... yang ni sangat ok sebenarnye... kalau hari yang kering, sampai tak nampak jalan beb... tapi kalau hari hujan, memang berselepat la air lecah mencurah-curah ke badan... paling ok, kalau malamnya ada hujan... so, siang tu jalan tak kering sangat, debu hampir takde la...

yang ini aku kagum... haha, kat semenanjung boleh jumpa ke? camni la cara dorang pindah rumah... style kan? haha
 
ini satu lagi fakta yang aku kagum... kalau ada kerosakan jalan, jalan runtuh ke ape ke, bagi dorang sejam je... dah setel beb... kat semenanjung? tak setahun ke? tu pun kalau ada yang datang repair...
 
hah, sape kate pedalaman ni mundur sangat? complete beb... semua jenis jentera yang dorang perlukan, ada kat sini... *towkey arang batu ni sangat teramat kaya... semua jentera ni aset dia...
 
ok, sekarang dah sampai ke exit Kem Balak yang akan menghala ke sekolah... dari sini, jalan ke sekolah lebih sempit dan yang bestnya, tak berdebu dah... boleh tarik key ke bawah, sedut udara segar... nyaman~~

ape? mane sekolah? haha... tunggu entry yang lain la...

p/s : teringin nak buat video 'journey to the school',
tapi macam bahaya sangat pulak...

5 comments:

iszieylyanziy said...

mak aiii,mencabar nyaa nak p sekolah

Anonymous said...

nice man... memg jmpe 3 taun skali la cm ni:P
p/s: ak ni cd, ehe

Cool Fizzie said...

lyanzi : kan? nk try x? meh r dtg sini... hehe

cd : dh rindu aku ke, bro? haha...

fifie said...

fizi: mencabar glewww ko nak pegi tu... xpe, be strong anak bangsa punya pasal.. chill ! :)

Cool Fizzie said...

ok fie...ni kena jd cikgu cool... =)