06 November 2010

paper & pen

9 Nov 2010 : MTE 3111
10 Nov 2010 : MTE 3112
15 Nov 2010 : ELE 3104

bila tiba musim exam, macam-macam ragam aku tengok...yang betul-betul study, yang macam exam tu setahun lagi, yang macam satu sem tak pernah study...haih, macam-macam ragam...tapi, akhirnya nanti sama-sama duduk dalam dewan dan jawap exam...

semester ni, aku belajar 3 subjek je...maka, aku cuma ada 3 paper je lah...pun begitu, meskipun dah 6 semester degree + 3 semester foundation aku kat sini, masih lagi tak berubah gaya belajar...*pemalas

bukan aku tak pernah cuba untuk buat nota, tapi tak pernah menjadi...aku lebih selesa belajar dengan cara aku sendiri...masa dalam kelas, faham!! diulangi, bukan hafal, tapi faham!! aku tak kata faham dengan betul...tak salah untuk salah faham...tapi, mesti faham...kalau fahaman tu salah, boleh betulkan...tak susah pun...sebab bila dah faham, nak olah pun senang...

aku pun tak kata, mesti tumpu sepenuh perhatian dalam kelas...tak salah untuk main-main dalam kelas, tapi mesti faham apa yang diajar kat depan...kalau korang rasa korang tak boleh nak faham bila main-main, janganlah main-main...kan senang...tempat duduk pun main peranan...maklum lah, kalau sekeliling meja ko tu suka main-main, macam mane ko nak tumpu perhatian kan? maka, duduklah di sebelah kawan yang tumpu perhatian...erm, tapi kena pastikan jugak, nak ke kawan tu duduk sebelah ko? hahaha....

bila exam makin dekat, study group banyak main peranan...memang dah jadi tradisi budak lelaki kelas matematik ambilan januari 2008...mesti akan berkumpul ramai-ramai dan study dari awal silibus sampai abes...berkat kerjasama 10 otak, silibus satu semester boleh abes dalam satu malam...hahaha
ni pun, exam dah nak dekat...kawan-kawan ada yang study dalam bilik, kekasih pun dah nak siap buat nota untuk dia baca nanti...aku pun nak study lah ni, study ramai-ramai...apa-apa pun, aku ucapkan "Selamat Menjawap Peperiksaan Dengan Tenang Dan Siap" kepada semua warga Institut Pendidikan Guru Malaysia tak kira kampus mana pun...

p/s : aku tak pernah meniru dalam exam,
korang caya tak?? hehe...

2 comments:

AdiE said...

hey dude!!
best of luck in ur final!

~ DanieL AdiE ~

cool said...

thanx dude...
good luck, too...