tarikh masihi :
17 November 2010
10 Zulhijjah 1431
perayaan :
Hari Raya Aidiladha, Hari Raya Korban, Hari Raya Korban
17 November 2010
10 Zulhijjah 1431
perayaan :
Hari Raya Aidiladha, Hari Raya Korban, Hari Raya Korban
ni aku nak cerita pasal semalam...sambutan hari raya aidiladha di taman aku...siapa kata duduk kat taman perumahan, hidup tak berjiran? siapa kata ukhwah duduk di kampung lebih kukuh dari duduk di taman?
untuk pengetahuan semua yang membaca, Taman Sri Bahagia mula dibangunkan sekitar 1992...masa tu, taman ni ada 4 lorong je...pada 1996, taman ni diperbesarkan lagi, tambah lagi 4 lorong...ada 8 lorong dah...jadi, secara tak langsung, taman ni ada fasa 1 (lorong 1-4) dan fasa 2 (lorong 5-8)...
rumah aku kat lorong 7...nak dijadikan cerita, makin lama, ukhwah penduduk taman semakin erat...bukti paling dekat, semalam...lembu disembelih kat lorong 7...lapah daging ramai-ramai depan rumah aku je...
bukan setakat tu je, dorang masak sekali...buat sup, masak nasi, sambal dan macam-macam lagi...macam kenduri...dah siap, dorang makan sama-sama...malam pula, kitorang buat barbeku...bakar daging, bakar ayam, bakar udang...makan dengan nasi goreng...memang open taman lah...haha
tapi sayangnya, aku keluar dengan kawan-kawan semalam...tak sempat nak tunggu dorang siap masak pun petang semalam...wuu, tak sempat nak merasa...kitorang pergi mandi sungai semalam...gara-gara Aman yang nak sangat hang out, memandangkan dia akan balik Unimap untuk final exam...
mula-mula, kitorang pergi lata kinjang...pergh, ramainya orang sampai air pun tak nampak...*menipu*...jadi, kitorang pergi kuala woh pulak...mandi-mandi, terjun tiruk, berenang-renang ketepian...malam lak, lepak teluk intan...karaoke 2 jam...lagu demi lagu disumbangkan dek Mando, Poji, Aman, Iwan, aku, Enal, Farid dan Pajet...
teruk tul anak muda zaman sekarang sambut raya...ish3, *insaf...
p/s : kul 3:30 pagi aku balik rumah,
nasib ada adik yang baik tolong buka pintu,
sayang adik...hehe
nasib ada adik yang baik tolong buka pintu,
sayang adik...hehe
No comments:
Post a Comment