27 October 2010

bracelet

"a bracelet is a jewelry worn around wrist", Wikipedia

gelang merupakan antara barang kemas yang wajib pada seorang perempuan...ada banyak jenis gelang...gelang emas, gelang manik, gelang getah, gelanggang...eh?? haha...yang penting di sini, gelang adalah aksesori yang ringkas dan menarik untuk digayakan oleh si perempuan...perempuan je ke? tak jugak...lelaki pun masih boleh bergaya dengan aksesori berupa gelang ni...tapi jangan lah pakai gelang emas...uhuh

sebenarnya, aku pun tak terlepas daripada fesyen gelang ni...aku mula memakai gelang dalam 2 tahun lepas...masa tu, aku diberi seutas gelang batu oleh kekasih hati...thanks sayang...sejak tu, koleksi gelang aku semakin bertambah...so, di sini aku nak kongsi gelang-gelang yang aku pakai...

gelang pertama aku!! gelang ni diberi kekasih hati di Pizza Hut Teluk Intan *wink3

gelang ni pun diberi kekasih hati...hehe, tengok dia pakai, pastu aku mintak...

gelang ni aku dapat masa kat KFC...sempena World Hunger Relief Week

gelang ni diberi oleh kekasih hati...dan dia pun ada satu macam ni, lain kaler je...

gelang ni merupakan pemberian daripada ibu yang pulang dari Haji pada tahun lepas...dan kekasih hati juga ada satu seperti ini...kaler lain sikit je...hehe

latest, gelang ni aku beli kat Giant Kuala Terengganu masa puasa baru ni...menarik dengan simpulan yang dibuat tanpa terputus tali-talinya...*clap3

tu jelah koleksi gelang aku buat masa ni...hehe, maklum la...bila makin besar ni, dah makin pandai bergaya...kan? kan? kan? bila keluar jalan-jalan, mesti mahu bergaya...bila keluar dating bersama kekasih hati, mesti mahu bergaya...baru padan dengan kekasih yang comel...*phewit

p/s : kekasih hati, saya mahu lagi gelang...hehe
love u, too~~

No comments: