Multi-purpose Place Value Chart
haa...tu la nama projek inovasi yang aku sertai baru-baru ni...sebenarnya, projek ni adalah idea asal daripada Che Na dari PISMP Math Sem 8...kemudian, aku diserap masuk oleh pensyarah untuk membantu Che Na memperbaiki projek ni...maka berkolaborasilah aku bersama Che Na, Wam serta Yam untuk menyediakan projek ini...
oleh kerana hanya aku sahaja ahli PISMP Math Sem 6 di dalam kumpulan ni, maka kerja-kerja pembikinan projek terpaksa dijalankan pada waktu malam...maka, berlalulah malam-malam sepanjang pembikinan projek berlangsung...kesukaran sepanjang pembikinan projek adalah tidak terkata...malam ni aku bagi kerja untuk mereka selesaikan, esok aku terpaksa memikirkan idea untuk disesuaikan dengan hasil kerja dorang...haha
10-12 oktober 2010 merupakan hari-hari yang paling sibuk bagi kitorang...banyak sangat masalah yang belum diatasi...tapi hari pertandingan dah dekat...malam isnin tu, alhamdulillah...semua elemen penting projek dapat disiapkan...semua elemen berfungsi dengan baik...kini hanya menanti esok tiba...
di hari pertandingan, majlis bermula dengan ucapan dan sebagainya...hakim mula menilai sekitar jam 10 pagi...pada masa yang sama, pelajar-pelajar lain serta pensyarah-pensyarah turut memeriahkan acara dengan meninjau semua 'booth' pameran inovasi...maka, selaku wakil setiap 'booth', aku dengan Che Na perlu menerangkan projek inovasi kitorang kepada setiap pengunjung yang datang ke 'booth' kitorang...
segalanya berjalan dengan lancar...amat lancar rasanya...sehinggalah ketika hakim datang menilai projek inovasi di 'booth' sebelah kitorang...tiba-tiba, elemen elektronik tidak berfungsi langsung...aku periksa litar...ada 3 wayar putus...cilakak!! masa ni lah kau nak buat hal!! aku sangat kecewa...aku redha jela...hakim pun tiba, maka aku dan Che Na pun terangkan kepada hakim tentang projek ini...tanpa melibatkan elemen elektronik...alhamdulillah, hakim berpuas hati dengan penjelasan kitorang...hakim tidak menyedari kekurangan yang wujud tadi...
fuhh~~~leganya rasa hati ni, tidak dapat diungkapkan dengan kata-kata lagi...kitorang pun terus jalankan tugas kitorang menerangkan projek kepada setiap pengunjung yang datang ke 'booth' kami...kemudian, Che Na pun beredar sebentar tinggallah aku seorang menjaga 'booth' dan menerangkan projek kepada pengunjung...
tiba-tiba, "baiklah, ni saya bawa hakim lain untuk merentas projek inovasi awak, saya beri awak 2 minit untuk jelaskan kepada kami semua" kata hakim kepada aku....mak aih, gila!!! aku pun dengan tenang terus menerangkan dengan ringkas dan padat mengenai projek inovasi ni...tak semena-mena, "ni lampu ni berfungsi tak?" tanya seorang hakim...ah sudah, dia dah detect problem aku...aku pun jelaskan keadaannya bahawa ianya berfungsi asalnya dan tidak berfungsi setelah banyak demonstrasi kepada pengunjung...
lepas hakim blah, aku pun redhalah kalau aku kalah...petang tu, masa pengumuman keputusan, aku terkejut yang kumpulan kitorang dapat anugerah gangsa...tapi yang paling mengejutkan aku, kumpulan-kumpulan lain semuanya ketua penyelidik pensyarah...erti kata lain, projek tu pensyarah punya idea...dorang cuma buat je...aku rasa macam tak adil sangat...tapi, takpelah...sebab ketua penyelidik kumpulan aku (Che Na) pun sama taraf dengan ketua penyelidik korang...
apa pun, aku dah cukup puas hati dengan pencapaian kitorang...sekarang 'plague' tu terpampang kat Jabatan Matematik, IPG Kampus Sultan Mizan...alhamdulillah, terima kasih buat pensyarah-pensyarah jabatan matematik yang banyak bagi sokongan, En Ariff dan Miss Tan terutamanya...terima kasih juga buat sahabat-sahabat PISMP Math Sem 6 dan PISMP Math Sem 8 diatas sokongan dan bantuan secara langsung dan tidak langsung...anugerah ini untuk kita semua!!
p/s: tahniah ducapkan buat SATU-SATUNYA
pasukan yang KETUA PENYELIDIK
terdiri daripada PELAJAR
pasukan yang KETUA PENYELIDIK
terdiri daripada PELAJAR
No comments:
Post a Comment