23 October 2010

Pameran Matematik 2010

Perkara : Pameran Matematik 2010
Tempat : Ruang Legar Perpustakaan Za'aba, IPG Kampus Sultan Mizan
Tarikh : 18 Oktober 2010
Masa : 9:00 pagi - 3:00 petang
Anjuran : PISMP (Jan/08/P/KPM) MT


maka, berlangsunglah pameran berkenaan dengan sungguh jayanya...segala kepenatan dan keletihan adalah amat berbaloi-baloi...kepuasan jelas terasa sebab respon yang kitorang dapat sangat best...

"best la pameran korang, banyak aktiviti menarik"
"weh, esok ada lagi tak pameran korang ni? syok la"
"pertandingan korang memang terbaek lah"

yang aku nak cite kat sini, kumpulan aku la yang bertanggungjawab ke atas acara pertandingan untuk pameran tu...haha, ahli-ahli kumpulan aku ialah aku, halim, duan, lina dan mei...masa mesyuarat persatuan tu, kitorang sekumpulan ada gak bincang nak buat pertandingan ape...tapi hasilnya, hanyalah pertandingan-pertandingan yang biasa orang buat...so, kitorang pun rilek-rilek je...bila deadline makin dekat, kumpulan yang incharge buat pamplet nak nama acara-acara pertandingan kitorang...maka, pada 16 Oktober 2010, jam 9:00 malam lebih kurang, aku, duan ngan halim pun duduk berbincang dan fikir ape pertandingan yang kitorang nak buat...yang penting, pertandingan tu lain dari yang lain...

dan hasilnya ialah, Keep Your Way, pertandingan yang memerlukan peserta menggerakkan gegelung dawai di sepanjang garisan dawai yang disediakan tanpa menyentuh dawai tu...kalau sentuh, akan berbunyi...senang je kan? tak jugak...sebab peserta tu mesti berhenti kat checkpoint sambil menjawap soalan matematik yang disediakan...gegelung tu mesti sentiasa kekal kat checkpoint masa nak jawap soalan...kalau tak, akan tersentuh dawai dan berbunyi...haha, selamat mencuba...


acara seterusnya, Mysterious Box...kat sini, peserta kena duduk di kerusi yang disediakan dan cuba merasa objek di bawah meja dengan kaki...senang kan? tak jugak...peserta kena meneka bentuk permukaan objek tu...seterusnya, membilang jumlah permukaan yang ada...hanya guna kaki taw, selamat maju jaya!! haha


yang paling popular, Smash It...peserta kena main pingpong selama 1 minit je...cukup 1 minit, berhenti...dan nyatakan jumlah mata yang dia dapat kumpul...haha, siapa kata senang? kena congak taw...kalau jawapan salah walaupun berbeza 1 je...anda kalah!! haha, berani? cubalah...


dan pertandingan yang paling menjadi buah mulut orang ramai, ialah Kuiz...hehe, ada 4 soalan je...semua soalan adalah di aras IQ 150 ke atas...haha, siapa nak masuk pertandingan ni senang je...cume datang ke pameran kitorang, ambik kertas kuiz kat sebelah buku rekod pengunjung, dan hantar kertas tu beserta jawapan di booth Mysterious Box sebelum jam 3:00 petang...


jujurnya, aku bangga dengan maklum balas pengunjung tentang acara-acara pertandingan yang kumpulan aku buatkan ni...menarik dan mesra pengunjung...tanpa sebarang bayaran untuk masuk...tanpa menetapkan syarat jantina...bebas, semua orang berpeluang mengambil bahagian...hehe

hadiah? aku sebagai ketua kumpulan dah fikir masak-masak...aku dah tetapkan yang hadiah cuma ringkas-ringkas je...siapa masuk pertandingan, tak kira yang mana (kecuali kuiz) akan dapat hadiah...siapa yang menang akan dapat key chain sebagai tanda tahniah kerana berjaya...siapa kalah akan dapat bookmark sebagai tanda terima kasih kerana mencuba...untuk kuiz, 5 hamper disediakan untuk diberikan kepada pemenang...

Alhamdulillah, semua acara berjalan dengan lancar...pameran pun berjalan dengan sungguh lancar...tahniah dan terima kasih buat yang terlibat secara langsung atau tak langsung...

p/s : "kumpulan kita genius,
dapat pikir pertandingan camtu",
kata halim...
"nak tenok lagi banyak gambar?
view la facebook aku",
kata aku...

No comments: