18 October 2010

Pantai Melawi

"minggu depan jangan ada siapa-siapa balik rumah,
kita nak buat solat hajat
"

begitulah taklimat serba ringkas berkenaan aktiviti yang kitorang akan buat pada 15 & 16 Oktober 2010...kami seramai 10 orang lelaki dari kelas Matematik Sem 6, bercuti di Pantai Melawi...konklusi, seronok...haha

okay, ni nak cerita aktiviti sepanjang percutian...kami bertolak dari maktab seramai 8 orang...1 kereta dan 3 motosikal...sampai je kat Chalet Sri Melawi, kitorang letak barang2 dalam bilik dan makan kepuk (keropok lekor) ngan ubi goreng (keledek)...lepas solat asar, kitorang main bola tampar...pergh, enjoy tak hingat...haha...


selepas beberapa set main volleyball, kitorang main bola sepak pantai la pulak...main sorang je keeper...haha, siyes penat gila main bola sepak pantai...bila dah penat main, kitorang massuk laut, yeah!!!! maka bermulalah sesi bermain di persisiran pantai serta mandi laut...haha, nasib baik pantai landai je...boleh main sampai ke tengah laut....kalau tak, jangan harap aku nak main jauh-jauh...

aktiviti malam, buat barbeku...setelah duan sampai dengan membawa muatan barbeku berupa ayam, ikan, sotong serta sosej, aku ngan halim pun mula siapkan bara...tak sangka, pandai gak kitorang buat bara...haha, bila yang lain-lain dah siap mandi dan solat, tukar turn la pulak...dorang sambung bakar ayam...aku pergi mandi dan solat maghrib...


aktiviti di malam hari lebih santai dan rileks...sambil bakar ayam, makan bihun goreng, ada pulak kepuk goreng, disusuli air oren + sirap yang sejuk, melepak di depan chalet, sambil tonton movie, main kad terup, dengar dendangan dan petikan gitar akustik oleh duan dan afiq...pergh, malam yang sangat sempoi...perut kenyang, hati senang, otak lapang...tapi, sebab petang tadi dah sakan sangat main sampai penat letih semput, maka bila tengah malam mula menjejak, dah separuh tumbang dalam chalet...paling awal tumbang, halim ngan ariff, pastu paa, jat ngan ubai pun tumbang sekali...tinggallah aku, duan, apih, afiq dan zamil menonton movie Wrong Turn 2...apih tengok kejap je, sebab takut tengok scene potong-potong yang ganas tu...dalam pukul 2 pagi kot, aku pun naik solat isyak dan tidur...

esok paginya, lepas solat subuh dan snap gambar-gambar, ariff ngan paa balik maktab dulu...ariff ada debat (aku kagum dengan komitmen beliau)...pastu, aku, jat, ubai ngan halim berjalan-jalan di persisiran pantai sambil melayan pemandangan matahari terbit...fuhh, memang masyuk beb...pastu, aku, halim, duan, apih main aci bola...haha, memang serunuk...dah penat-penat, apa lagi? masuk laut!! haha...dah puas mandi, naik chalet, terus siap-siap untuk balik...kemas punya kemas punya kemas...semua orang dah ready nak balik...mari kita abadikan kenangan di dalam gambar, yeah!!


p/s : kalau nak tengok lagi banyak-banyak gambar,
sila lah view facebook aku, haha!!

No comments: