05 February 2013

maggie punya pasal 2

haa... ni satu lagi cerita pasal megi yang menarik dari aku... cerita ni berlaku masa aku duk kat asrama sekolah menengah dulu...

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhiZxqG2tZ6fdb_u6KM_OW2oxnkt1XVdW2IDm6vnwvHsnas03XJjKh6UZ8En0XASSoiMYEuzomQ3A3ptL3TrDXwZEPI0r4iQy6_dIAQqPOuFZOqsDMdV-HNAKib1deHgSyG9VjpVpl-XiM/s1600/maggi.jpg
gambar ihsan cikgu google
memang lumrah, megi adalah makanan wajib kat asrama... tiap-tiap hari ada budak asrama yang makan megi... ada yang makan kat bilik tv... ada yang makan dalam dorm... ada yang kedekut, makan sambil baring bawah katil... ada yang advance, minta tolong makcik dewan makan masakkan megi special punya... hoho

so, kat asrama memang ada peraturan tersendiri kalau nak makan megi... iaitu, aku nampak ko makan, aku nak sikit... hahaha peraturan ni lazimnya dikuatkuasakan oleh senior pada junior... kahkahkah kalau buat kat member sebaya, makan garfu la gamaknya...

aku pun pernah jadi junior... rilek je bila senior mintak megi aku sikit... masa tu, semua junior memang patuh dengan peraturan ni... tapi, aku memang suka langgar peraturan... cumanya, tak la nampak sangat... hidup ni kena kreatif... kadang-kadang seni itu jijik... haha

aku makan megi... kalau tiba-tiba ada orang datang minta sikit, aku buat-buat terkejut sampai aku muntahkan balik megi dalam mulut aku ke dalam tupperware... tak cukup, sekali dengan ludah sikit... lepas tu, cakap "oh terkejut saya... nah ambiklah sikit..." dengan muka sangat comel tak bersalah...
gambar ihsan cikgu google
kalau korang kat tempat senior tadi pun, korang tak sanggup nak teruskan niat untuk paw megi aku kan? haha... so, sejak skill aku tu diketahui umum dan tersebar meluas dikalangan budak asrama, junior-junior pun mula guna skill tu untuk elakkan kami senior paw megi diorang... riak ceria mula terpancar di muka-muka sang junior... bau kebebasan mula dihidu...

member-member aku pun ramai yang memang tak sanggup la nak paw... tapi bukan aku! hahaha... itu kan skill aku, so skill tu tak berkesan kat aku... ko muntahkan balik sekali dengan ludah, lantak la... aku paw sampai habiskan terus... padan muka ko... aku lapar, janji aku kenyang dan puas... hahaha sejak junior sedar yang skill tu tak berkesan kat aku, diorang pun mula patuh balik kat peraturan tu... hahaha

gambar ihsan cikgu google
ya... aku memang pernah buat benda-benda gila... itulah hidup aku... sampai sekarang aku masih tersenyum kenangkan semua benda yang aku dah buat tu... tak semua orang ada cerita camni... hehe, selamat mengenali aku!

p/s: please, dont try this! uhuh

No comments: